Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Segenap Takdir’

Keinginan terhadap bahagia dunia mampu menghasut manusia untuk menganiaya orang lain.

‘Segenap Takdir’ merupakan judul drama terbaharu slot Sakura yang memaparkan kisah manusia yang sanggup menyakiti orang lain demi kebahagiaan sendiri. Ia juga memperlihat bagaimana manusia boleh menjadi pemangsa dan mangsa.

Drama ini berkisar watak Haryani (lakonan Siti Khadijah Halim), seorang gadis kampung yang dahagakan kebahagiaan dan kemewahan. Dia telah berpindah ke Kuala Lumpur demi mengecapi kehidupan impiannya.

Di ibu kota, Haryani telah jatuh cinta terhadap Azlan (lakonan Niezam Zaidi). Dia tidak mengambil endah tentang status Azlan sebagai tunangan Nadira (lakonan Zara Zya). Malah, dia bertekad untuk merampas Azlan daripada tunangnya itu. Perlakuan Haryani telah membawa kepada kemalangan buat Nadira sehingga gadis itu koma.

Demi keselamatan nyawa Nadira, Azlan akhirnya akur dan berkahwin dengan Haryani. Namun, bahagia yang diharapkan oleh Haryani tidak menjadi realiti. Pemergian ibunya menambah derita buat Haryani.

Apakah langkah yang akan diambil Haryani?

Cerita Apa? ‘Segenap Takdir’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 6 petang
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan