Drama By: Afiqah Azizan February 22, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Serpihan Sayang’

Menurut portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit postpartum psikosis adalah penyakit yang menyerang kaum wanita yang baru menjadi ibu. Ia merupakan suatu penyakit yang jarang didengar. Menurut statistik, penyakit ini berlaku dalam setiap 500-1000 jumlah kelahiran. Walaupun tidak begitu meluas, penyakit mental ini merupakan suatu penyakit yang serius.

Drama Samarinda terbaharu, ‘Serpihan Sayang’ memaparkan keadaan yang dihadapi oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.

Ia menceritakan kisah Nadia (dilakonkan oleh Fasha Sandha) yang menghidap penyakit postpartum psikosis setelah kehilangan anak dalam kandungan akibat kemalangan. Namun, dengan rawatan dan terapi yang rapi, Nadia mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Kehidupan di rumah Nadia dan suaminya, Syakir (dilakonkan oleh Shah Jazle), disertai Alisya (dilakonkan oleh Elisya Sandha). Namun, kehadiran Imran (dilakonkan oleh Aeril Zafrel) yang merupakan abang kandung kepada Syakir yang telah lama terpisah, menjadi titik di mana situasi mulai berubah.

Imran bijak mengatur langkah untuk mempengaruhi Syakir agar dia dapat tinggal bersama-sama. Sejak Imran mula menetap di rumah tersebut, pelbagai kejadian aneh berlaku. Penyakit postpartum psikosis yang dihidapi Nadia juga menjadi semakin parah.

‘Serpihan Sayang’ diukir dengan jalan cerita yang berasaskan perkara yang berlaku dalam dunia sebenar. Pelbagai pengajaran dapat dihayati menerusi paparan drama ini.

Cerita Apa? ‘Serpihan Sayang’
Hari Apa? Setiap Isnin hingga Jumaat
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 & Strim Langsung HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Drama Fri, 3 Mar 2023
Drama Thu, 23 Apr 2020
Drama Thu, 18 Aug 2022

“Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Awww…. ramai nampanya yang ship eyh dengan diorang ni♡♡♡

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Drama Thu, 15 Dec 2022

| Live TV