Categories: DramaTrending

Wanita Syurga Labuhkan Tirai, Ramai ‘Broken’ Ardini Zahira Tak Pilih Luqman!

Drama bersiri TV3 Wanita Syurga lakonan mantap Siti Khadijah, Redza Rosli, Nazim Othman dan Riena Diana telah pun melabuhkan tirainya, semalam.

Malah, drama 35 episod arahan Riza Baharudin itu turut meraih pelbagai respons dalam kalangan penonton setianya.

Sekadar info, Wanita Syurga ini berkisarkan tentang kisah cinta Ardini Zahira (Siti Khadijah) yang dikhianati suaminya, Amar Ilhami (Redza) selepas berlaku curang dengan Farah Mokhtar (Riena).

Bahkan, bahtera bahagia yang dilayari oleh Ardini dan Amar turut bergolak sehingga berlakunya perceraian gara-gara helah Farah yang ingin memiliki lelaki yang dicintainya itu sepenuhnya selepas berpoligami.

Selepas mengharungi pelbagai konflik yang sukar, rata-rata penonton setia drama itu berharap agar Ardini memilih kawan baiknya, Luqman (Nazim) yang setia mencintai dan menunggunya sebagai pengganti Amar selepas bercerai.

Bagaimanapun, Ardini memutuskan untuk tidak memilih kedua-duanya dan nekad meneruskan kehidupannya bersama dua cahaya matanya, Muqri dan Wana.

Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah penonton setia berpuas hati dan memuji plot yang ditonjolkan menerusi drama tersebut.

Namun, ada juga yang kecewa dengan pengakhiran drama tersebut kerana mahu melihat Ardini bahagia bersama Luqman.

Selain Siti Khadijah, Redza, Nazim dan Riena, drama Wanita Syurga itu juga dibintangi oleh Puteri Khareeza, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Wan Nursharmila, Zamarul Hisham dan ramai lagi.

Fatin Nurain

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

17 hours ago