Eat Travel By: Ad Ops December 28, 2018 @ 4:00pm

21 Undang-Undang Pelik Di Negara Lain Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Kini, ramai orang semakin berminat untuk melancong ke serata dunia, dan untuk itu, banyak negara juga telah menambahbaikkan industri pelancongan mereka.

Walau bagaimanapun, selain mengetahui tempat-tempat menarik untuk dilawati, para pelancong ini perlu peka terhadap peraturan yang telah ditetapkan di negara destinasi mereka.

Selalunya mana-mana negara pun akan ada undang-undang yang sama, tapi ada sesetengah negara yang mempunyai peraturan yang pelik-pelik.

Sebelum pergi ke negara itu kita memang perlu ambil tahu supaya tak wujud sebarang kes konsular yang boleh dielakkan.

Jom semak apakah dia undang-undang pelik ini.

Sri Lanka: Tak boleh memakai tatu Buddha ataupun berselfie di depan patung Buddha

Penyalahgunaan imej dan artifak Buddha adalah satu kesalahan besar. Pernah ada kes di mana pelancong yang tidak dibenarkan masuk ke Sri Lanka ataupun mereka dihantar pulang kerana mempunyai tatu berupa Buddha.

Emiriah Arab Bersatu: Tak boleh mencarut

Mencarut dan menunjukkan isyarat kurang ajar (termasuklah secara online) di sini dikira lucah dan pesalah boleh dipenjarakan atau dihantar pulang.

Thailand: Tidak boleh menghisap vape

Foto:

Anda tak boleh bawa rokok elektronik dan refill ke dalam negara ini. Besar kemungkinan ia akan dirampas dan anda boleh didenda atau dipenjarakan sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Thailand juga telah melarang penggunaan rokok di 24 pantai dalam 15 wilayahnya termasuklah Phuket, Koh Samui dan Krabi, demi melindungi persekitaran tepi pantainya.

Jepun: Tak boleh bawa ubat yang mengandungi Codeine

Penggunaan atau pemilikan sesetengah ubat seperti Vicks Inhalers atau painkiller yang mengandungi Codeine adalah terlarang. Anda boleh dikurung atau dihantar pulang.

Turki: Tak boleh mencaci bangsa atau bendera negara, atau mengoyakkan wang kertas Turki

Jika didapati bersalah, anda boleh dipenjarakan selama di antara 6 bulan dan 3 tahun.

Kepulauan Caribbean: Tak boleh memakai pakaian celoreng askar

Foto: yolo store

Banyak negara di sini seperti Barbados, St. Vincent dan St. Lucia telah melarang pemakaian camouflage termasuklah bagi kanak-kanak.

Ukraine: Tak boleh merokok atau minum alkohol di khayalak ramai

Perbuatan ini di kawasan awam (termasuklah perhentian bas, lorong laluan bawah tanah, bangunan kerajaan, taman permainan dan taman rekreasi) adalah terlarang.

Perancis: Lelaki tak boleh pakai seluar renang yang longgar di kolam renang awam

Jadi golongan lelaki kena pakai Speedos. Jika tidak, mereka tidak dibenarkan berenang di situ.

Granville, Perancis: Gajah tak boleh menjejakkan kaki ke pantai

Foto:

Pada 2009, bandar ini melarang gajah daripada memasuki kawasan pantainya setelah haiwan milik syarikat persembahan sarkis yang datang singgah telah dikatakan “membuat kotor” di pasir pantai tersebut.

Kanada: Stesen radionya perlu berjiwa patriotik

Undang-undang di sini menetapkan 35% daripada semua muzik yang dimainkan perlulah datang dari artis Kanada sendiri.

Venice, Itali: Tak boleh beri makanan kepada burung merpati di St. Mark’s Square

Anda boleh didenda. Peraturan ini dilaksanakan dalam usaha untuk mengurangkan jumlah burung merpati serta kerosakan yang terjadi terhadap struktur bersejarah di situ.

Jerman: Tak boleh kehabisan petrol kereta

Foto: The Independent

Anda melanggar peraturan jika anda kehabisan petrol di jalan raya di sini. Sesiapa juga tak dibenarkan berjalan kaki di sepanjangnya.

Virginia, Amerika Syarikat: Tak boleh mencarut

Dalam usaha untuk memulihkan imej pantai Virginia yang mesra-keluarga, mencarut telah dilarang pada tahun 90an. Jika anda ditangkap, anda akan didenda.

Barcelona, Sepanyol: Tak boleh meludah

Perbuatan ini memang dipandang serong di banyak tempat di dunia ini, tapi jika anda lakukannya di Barcelona, anda boleh didenda.

Greece: Tak boleh pakai kasut tumit tinggi

Foto: Why Athens Agora

Lokasi bersejarah seperti Acropolis telah melarang pemakaian high heels kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan kepada monumen purba.

Scandinavia: Tak boleh memandu tanpa lampu headlights

Undang-undang di sini menyatakan pemandu mesti memasang lampu headlights malap pada setiap masa, walaupun pada waktu siang.

Singapura: Tak boleh mengunyah gula-gula getah

Sesetengah orang menganggap perbuatan ini adalah kurang ajar, tapi di sini ia merupakan kesalahan undang-undang, melainkan ia adalah untuk kesihatan.

Thailand: Tak boleh memijak wang kertas

Foto:

Thai baht membawa imej Raja Thailand yang diagungi serta telah memerintah negara selama lebih daripada 70 tahun. Memijak wang kertas ini (samalah macam memijak mukanya) adalah kesalahan jenayah. Sesiapa juga dilarang mencaci Raja.

Eureka, Nevada: Lelaki bermisai tak boleh mencium wanita

Lelaki bermisai saja yang tak boleh.

Jepun: Tak boleh menjadi obes

Pihak berkuasa telah menetapkan ukuran pinggang maksimum untuk lelaki berumur lebih daripada 40 tahun, iaitu sebanyak 80cm. Jika ada yang terlebih, mereka akan diberi panduan diet.

Switzerland: Tak boleh mengepam tandas pada waktu lewat malam

Mengepam tandas selepas pukul 10 malam adalah dilarang di sesetengah blok apartment. Katanya, perbuatan ini adalah terlalu bising bagi sesetengah penghuni.

Tuu dia. Peraturan mana yang anda rasa paling pelik?

Sumber: Telegraph

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 22 Aug 2019

Resipi daging yang pasti buat anda kecur liur!

Mudah untuk disediakan, paling penting sedap!

Eat Travel Fri, 15 Feb 2019

Anda suka gabungan coklat dan mentega kacang? Ada 5 resipi untuk anda cuba

5 pemanis mulut ini pasti akan buat anda terliur!

Eat Travel Wed, 21 Nov 2018

Gladden Private Island Antara Pulau Paling Privasi Di Dunia!

Resort ini hanya boleh menampung sehingga 4 orang pengunjung dalam satu-satu masa sahaja.

Eat Travel Wed, 11 Sep 2019
Eat Travel Mon, 18 May 2020
Eat Travel Fri, 20 Jul 2018
Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Thu, 26 Jul 2018

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Kalau nak pedas, tambah lagi cili padi. Baru syok makan!

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Syurga penggemar makanan laut