Eat Travel By: Ad Ops October 21, 2018 @ 12:00pm

4 Resipi Pasta Ringkas & Tak Memerlukan Banyak Ramuan Ini Gerenti Mengenyangkan

Ada masanya bila kita ada mood nak masak tapi bila tengok peti sejuk, tak cukup bahan! Yang ada pun hanyalah ramuan yang basic seperti bawang. Ikan, ayam atau daging tak ada langsung. Laaa, nak masak apa kalau macam ini?

Sebenarnya jika anda tahu cara-caranya, anda masih boleh hasilkan satu masakan lengkap yang gerenti mengenyangkan.

Salah satu jenis masakan yang boleh dihasilkan dalam kes ini adalah pasta. Tak perlu pakai bahan-bahan mahal pun! 

Penulis nak kongsikan 4 resipi pasta berlainan yang anda boleh cuba, iaitu Spaghetti dengan keju dan lada hitam; Linguine tuna dengan tomato, buah zaitun dan lada; Spaghetti dengan bawang putih dan minyak zaitun; dan Penne dengan sos tomato.

Bunyi macam grand tapi simple-simple saja sebenarnya. Kalau tak percaya, lihat senarai bahan-bahannya:

Spaghetti dengan keju dan lada hitam

  • Garam secukup rasa
  • 225 gram spaghetti, siap direbus
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam
  • 2 sudu kecil lada hitam kasar
  • 115 gram keju parmesan atau pecorino romano yang diparut

Linguine tuna dengan tomato, buah zaitun dan lada

  • Garam secukup rasa
  • 225 gram linguine, siap direbus
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, dihiris nipis

  • ½ sudu kecil serbuk lada kasar
  • 2 sudu kecil serbuk oregano kering

  • 1 sudu besar lada caper
  • ½ cawan buah zaitun (75 gram)
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 395 gram tomato, dipotong kiub
  • 140 gram tuna, dibuang air/minyak

Spaghetti dengan bawang putih dan minyak zaitun

  • Garam secukup rasa
  • 225 gram spaghetti, siap direbus
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 4 ulas bawang putih, dihiris

  • 1 sudu kecil serbuk lada kasar
  • 2 sudu besar daun parsli segar, dipotong halus (opsyenal)

Penne dengan sos tomato

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • ½ biji bawang Holland, dipotong kiub halus 

  • ½ sudu kecil serbuk lada kasar
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 395 gram tomato lenyek (1 tin)
  • Garam secukup rasa 

  • 225 gram penne, siap direbus

Sikit saja kan? Kalau nak masak pasta tak semestinya anda perlu gunakan banyak bahan. Kebanyakannya bahan basic saja yang diperlukan.

Rujuk kepada video ini untuk mengetahui cara penyediaan bagi setiap resipi di atas. 

Nota: Kesemua resipi ini menghasilkan sajian yang cukup untuk 4 hidangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

Cara Mudah Nak Masak Biryani Ayam Ala India

Nak sedap lagi hidangkan bersama raita iaitu campuran yogurt bersama bawang dan tomato.

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018
Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Eat Travel Tue, 17 Sep 2019

Percutian terbaik yang boleh dilawati pada Hari Malaysia!

terokai tempat-tempat di Malaysia yang pasti menarik minat anda!

Eat Travel Fri, 15 Feb 2019

Anda suka gabungan coklat dan mentega kacang? Ada 5 resipi untuk anda cuba

5 pemanis mulut ini pasti akan buat anda terliur!

Eat Travel Mon, 31 Dec 2018
Eat Travel Thu, 28 Nov 2019

12 panduan asas untuk rebus pasta yang semua orang perlu tahu

Contohnya, jangan bilas pasta yang baru direbus!

Eat Travel Mon, 11 Jun 2018
Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!