Eat Travel By: Ad Ops June 19, 2018 @ 5:00pm

5 Bahagian Kabin Kapal Terbang Yang Paling Kotor Dan Berkuman, Anda Memang Patut Elak

Kita tak boleh nafikan yang kapal terbang adalah satu bentuk pengangkutan yang mengagumkan. Ia boleh membawa kita ke sebuah pengembaraan yang dah lama kita idamkan.

Tapi anda juga mesti sedar yang ia taklah sebersih mana yang kita harapkan, lebih-lebih lagi apabila ia turut membawa penumpang lain yang kita tak tahu seelok mana personal hygiene mereka. Walaupun kapal terbang merupakan transport yang efektif, ia tak boleh lari daripada “kekurangan” yang boleh buat penumpang jatuh sakit.

Ada 5 bahagian kabin kapal terbang yang paling berkuman. Selepas anda ketahui semuanya, anda bolehlah elakkannya ataupun sekurang-kurangnya basmi kuman yang ada di situ.

1. Tali pinggang keledar

Nak tak nak, memang kena sentuh buckle tali pinggang keledar anda, tapi ingat, sebelum itu, ia telah kerap disentuh oleh penumpang lain. Memang senang untuk anda jangkiti kuman daripada situ. Jadi ambil langkah berwaspada setiap kali dan kurangkan contact dengan tali pinggang keledar anda sebanyak mungkin.

2. Lubang Udara

Foto: Getty Images/Ryan McVay

Alah, lubang di bahagian atas tempat duduk anda itu, di mana udara aircond keluar? Ia selalu terdedah kepada sentuhan penumpang, jadi cuba bayangkan betapa banyak kuman yang ada? Tak pastilah jika pencuci kapal terbang akan memastikan bahagian itu dibersihkan setiap kali. Tapi just in case, sebelum anda nak adjust air vent tersebut, bersihkan dulu dengan tisu lembap.

3. Meja Tray

Di situlah kita makan, di situlah kita letakkan handbag, telefon bimbit atau tablet, dan di situlah kita isikan borang imigresen. Tapi tahukah anda, dalam banyak-banyak lokasi di dalam kabin kapal terbang, meja lipat di depan tempat duduk kitalah tempat yang paling dipenuhi dengan kuman?

Kajian menunjukkan meja itu mempunyai 8 kali ganda jumlah kuman daripada tempat paling kotor yang seterusnya di dalam kabin. Jadi kalau anda nak menggunakannya, cuci dulu dengan tisu lembap yang anti-bakteria. Kalau makanan anda terjatuh ke atasnya, jangan makan!

4. Butang Pam Tandas

Foto: blog.virginatlantic.com

Tak memeranjatkanlah yang tandas tidak terkecuali dalam senarai ini. Tapi kajian menunjukkan yang butang pam tandaslah yang mengandungi paling banyak kuman. Jika anda boleh elak daripada menggunakan tandas ketika terbang, baguslah! Tapi jika anda terpaksa guna, jangan tekan butang itu direct dengan jari. Lapik dulu dengan kertas tisu.

5. Udara kering

Memang tak boleh nak elak, tapi udara di dalam kapal terbang memang boleh membuat anda jatuh sakit. Mana taknya? Bayangkan yang anda terperangkap berjam-jam di dalam sebuah kontena bersama orang-orang yang batuk atau selesema. Virus dan bakteria boleh merebak dan menjangkiti anda dalam sekelip mata! Kalau di dalam kabin, belum tahu lagi penyakit apa yang para penumpang lain bawa; entah-entah lagi merbahaya.

Salah satu cara untuk banteras jangkitan kuman sebegini adalah dengan sentiasa meminum air supaya anda kekal hydrated. Kalau tekak anda terasa kering, gunakan spray air suling yang mengandungi xylitol. Ia boleh mengelakkan bakteria daripada hinggap ke badan anda.

Kesimpulannya, setiap kali anda menaiki kapal terbang, pastikan anda bawa sekurang-kurangnya sepaket tisu lembap yang berunsur anti-bakteria. Kalau boleh lap dulu semua permukaan di sekitar tempat duduk anda sebelum duduk.

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 22 Oct 2018

Impression, Tarikan Utama Encore Melaka Bukan Teater Biasa-Biasa, Tapi Mengancam!

Encore Melaka merupakan pentas teater terbesar di Asia.

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Sun, 15 Jul 2018
Eat Travel Wed, 18 Jul 2018

Pasrah Beratur Panjang Gara-Gara Roti Canai Tsunami Pak Ali

Roti Tsunami yang tular adalah roti banjir yang ditambah dengan 2 biji telur separuh masak.

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Eat Travel Mon, 12 Nov 2018
Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Orang Orang Art Cafe, Lubuk Makanan Eksotik Belangkas!

Belangkas masak lemak cili api dan bakar, dua hidangan paling popular di sini.

Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Nikmati Hidangan Lazat Dalam Suasana Berkonsepkan Bar Yang Dijamin 100% Halal

Jibril mengetengahkan konsep speakeasy (hidden bar) dan hidangan Barat yang lazat!

Eat Travel Fri, 14 Sep 2018