Eat Travel By: tex_admin May 10, 2018 @ 4:00pm

5 Lokasi Paling Awesome Yang Patut Anda Kunjungi. Jimat Sebab Dalam Malaysia Saja!

Bagi anda yang ingin merancang percutian mengikut bajet yang tidak terlalu mahal, mungkin anda boleh mengunjungi 5 lokasi yang paling menarik ini.

Mesti anda tidak akan percaya bahawa negara kita Malaysia mempunyai lokasi percutian yang sangat awesome ini. Jom ketahui lokasinya.

1. Fantasia Aqua

Fantasia Aqua merupakan antara satu-satunya taman tema air yang terletak di Jitra, Kedah. Ia telah dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 2 November 2017. Waktu operasi taman tema ini bermula 9 pagi sehinga 6 petang. Nak tahu lebih lanjut and boleh lihat di website Aqua Fantasi untuk anda lihat harga dan booking tiket ok!

Foto: Tempat Menarik

2. Penang Escape Theme Park

Penang Escape Theme Park ini, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti yang sangat mencabar. Ajaklah kawan-kawan anda pergi Penang untuk merasai sendiri semua aktiviti yang mencabar ini. Pasti menyeronokkan! Kalau anda nak pergi boleh dapatkan info lebih lanjut di website Escape

Foto: Lipstiq

3. Farm In The City Sri Kembangan

Farm In The City merupakan zoo yang boleh anda kunjungi untuk melihat pelbagai jenis haiwan dengan lebih dekat lagi. Bawalah anak-anak anda ke sini pasti mereka suka dan dapat belajar untuk mengenali pelbagai jenis haiwan. Anda boleh membeli tiket secara online di website Farm In The City ataupun belian secara walk in.

Foto: Fitc.com

4. The Pirate Adventure Melaka

The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Neuvo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang mencabar. Menariknya, apabila anda datang di lokasi ini, anda berpeluang untuk menjadi lanun selama 1 hari yang akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai ke hutan belantara untuk mencari harta karun.

Anda juga dapat merasai dengan real ribut dan ombak di lautan yang luas. Menarik kan! Untuk info lebih lanjut anda boleh kunjungi website Melaka Alive. Tiket juga anda boleh beli secara online ataupun walk in.

Foto: Melaka Alive

5. Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden terletak di Pulau Pinang ini merupakan taman yang dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni seakan di dalam filem Avatar. Anda akan menyaksikan taman mini yang dihiasi dengan pokok-pokok yang berlampu LED. Lagi seronok jika anda datang pada waktu malam! Kalau anda nak tahu, masuk taman ini masih lagi percuma! Anda boleh intai-intai facebook Avatar Secret Garden untuk dapatkan info dengan lebih lanjut ya.

Foto: Budak Letrik

Foto: Smart Dory

Foto: Smart Research

Selamat bercuti!

Sumber: Tempat Menarik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 29 Oct 2019
Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

Blueberry Cream Cheese Muffin Oleh Chef Anis Nabilah Menu Menarik Untuk Tetamu Hari Raya

Pelbagaikan hidangan Hari Raya anda dengan menjadikan Beri Biru Krim Cheese Muffin sebagai salah satu tarikan untuk tetamu.

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh!

Eat Travel Thu, 24 May 2018

Tepung Pelita The Most Wanted Kuih Di Bulan Ramadan, Jom Belajar Membuatnya

Kuih yang satu ini memang cukup dikenali sebagai salah satu menu popular di bulan Ramadan.

Eat Travel Thu, 7 Jun 2018

Resepi Kari Kepala Ikan Yang Paling Power Untuk Ramadan Ini

Nikmati keenakan kari kepala ikan ketika berbuka puasa.

Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Jangan pandang sebelah mata menu ini

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Syurga penggemar makanan laut

Eat Travel Fri, 29 Jun 2018

| Live TV