Eat Travel By: tex_admin September 19, 2018 @ 11:24am

5 Resepi Popular Ikut Negeri. Memang Sedap Air Tangan Tanah Airku!

Kalau cerita bab makanan dekat Malaysia memang seronok! Memandangkan negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, maka lahirlah berbagai-bagai menu yang unik dan sedap. Bukan itu saja, setiap negeri di Malaysia juga mempunyai masakan ‘signature‘ mereka yang tersendiri.

Penulis percaya, setiap daripada anda mempunyai favourite makanan setiap negeri kan? Sampai ada yang jadi ‘food hunter‘ ke setiap negeri semata-mata nak makan makanan popular di negeri tersebut! Seronok betul, sambil jalan-jalan sambil cari ‘port‘ makanan best.

Tapi, bagi anda yang tak berpeluang atau tidak mempunyai masa untuk mencuba sendiri makanan di setiap negeri di Malaysia, tak salah rasanya anda masak sendiri saja di rumah! Jangan risau, Hijab & Heels kongsikan 5 resepi popular mengikut negeri yang wajib anda cuba! 

1. Johor

Kalau singgah ke Johor, sudah tentu terbayang masakan tradisinya yang popular iaitu Mi Bandung Muar. Bak kata bangsa Johor, rasa Mi Bandung negerinya yang kaya dengan seafood sangat berbeza dengan Mi Bandung dari negeri lain. Anda pernah try tak? Masak sendiri sajalah dekat rumah! Jom try masak ikut resepi ini:

2. Negeri Sembilan

Kalau di Negeri Sembilan pula memang terkenal dengan masakan lemak cili padinya yang memang sedap! Sajian tradisi negeri ini memang suka pedas-pedas. Paling popular adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Ini resepi yang boleh anda cuba, tak perlu pergi ke Negeri Sembilan, rasanya memang ‘ori’ punyalah!

3. Terengganu

Cuba bayangkan, anda dihidangkan dengan sepinggan Nasi Dagang berlaukkan kari ikan tongkol dan kuah banjir. Pasti kecur air liur dan tidak sabar-sabar lagi mahu menikmatinya kan? Nasi Dagang antara makanan tradisi dari negeri Terengganu, memang rugilah kalau tak try!

Sebenarnya, banyak juga gerai-gerai di area Lembah Klang yang menjual menu Nasi Dagang ini, tapi rasanya agak berbezalah dengan yang rasa original daripada Terengganu. Jom try masak sendiri!

Resepi Nasi

Resepi Gulai

4. Kedah

Di negeri jelapang padi ini pula, Gulai Batang Pisang menu yang cukup terkenal di sana. Menu ini juga menjadi hidangan ketika majlis perkahwinan. Dengar nama menu ini saja sudah unik, rasanya mestilah sedap kan? Penulis tak pernah lagi berkesempatan untuk merasai gulai ini. Nanti penulis nak masak sendiri saja di rumah ikut resepi yang dikongsikan oleh laman web ini adishshida.blogspot.com.

5. Laksa Sarawak

Di Sarawak, makanan yang popular di sana adalah Mi Kolok. Untuk pengetahuan anda, Mi Kolok banyak dijual di kedai makanan Melayu dan Cina. Menariknya, terdapat 2 jenis iaitu Mi Kolok putih dan Mi Kolok kicap. Selain dikenali sebagai Mi Kolok, ia juga dikenali sebagai Mi Kampua, Mi Rangkai dan Mi Kering. 

Anda dah pernah makan tak Mi Kolok ini? Bagi anda yang tak lagi berkesempatan nak makan Mi Kolok ini, jom cuba masak sendiri ikut resepi ini. 

Selain Mi Kolok, Laksa Sarawak juga antara yang popular. Untuk pengetahuan anda, Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Ini kerana, ramuan yang digunakan amat berbeza. Jika sekali pandang, kuahnya seperti Mi Kari tetapi rasanya amatlah berbeza dengan Mi Kari, rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. 

Jom kita belajar cara nak menyediakan Laksa Sarawak. Penulis yakin, anda pasti suka!

Unik-unik kan makanan setiap negeri? Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mencuba semua makanan-makanan tradisional setiap negeri. Tak adalah boring asyik makan menu yang sama saja. Ataupun, anda boleh jual pelbagai jenis makanan popular negeri lain di kawasan anda. Pasti laris!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020
Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019

Hidangan Pasta Lebih Sihat & Menarik Untuk Anak Kesayangan Anda

Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli ini didatangkan dalam beraneka bentuk menarik

Eat Travel Mon, 30 Apr 2018

Jom Lepak Sambil Makan Lamb Chop Di Mr. Steak House Shah Alam. Memang Puas Hati!

Teringin nak makan western food? Jom pergi ke restoran Mr. Steak House.

Eat Travel Wed, 26 Sep 2018

Ini Rahsia Bancuhan Nescafe Paling Kaw!

Jaga-jaga mungkin rahsia bancuhan Nescafe ini bikin anda ketagih!

Eat Travel Thu, 20 Feb 2020

Resipi sos lada hitam menjilat jari untuk chicken chop

Buat sendiri, memang mudah dan sedap!

Eat Travel Mon, 12 Nov 2018
Eat Travel Tue, 8 Jan 2019

Ramalan waktu bunga sakura mengembang di Jepun untuk 2019

Ketahui bila dan di mana anda patut pergi untuk menikmati pemandangan indah.