Eat Travel By: Ad Ops June 21, 2018 @ 3:00pm

8 Fakta Tentang Jepun Yang Anda Mungkin Tak Tahu, #4 Paling Susah Nak Percaya

Kebanyakan orang cuma tahu yang Jepun adalah salah sebuah negara termaju di dunia dan pada masa yang sama, ia memiliki sebuah budaya yang unik dan yang persekitaran yang menakjubkan.

Sebenarnya ada banyak perkara lain yang menarik yang anda mungkin belum pernah dengar, tak kiralah sama ada anda pernah mengunjungi negara matahari terbit ini atau tidak.

Jom kita tengok apa lagi fakta-fakta menarik tentang negara moden ini.

1. Jepun adalah sebuah negara berpulau

Kebanyakan negara merangkumi satu keluasan tanah besar. Jepun sebaliknya terdiri daripada 6,852 buah pulau tapi cuma 430 daripadanya didiami oleh penduduk.

2. Tokyo adalah bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia

Foto: Alex Block/Unsplash

Bila anda terperangkap dalam traffic jam atau sedang menaiki LRT yang sesak dengan orang ramai, ingatlah yang situasi sebegitu besar kemungkinan lagi teruk di Jepun. Maklumlah, di ibu negaranya, Tokyo saja dah ada 38,140,000 orang penghuni. Jumlah orang di seluruh Malaysia (32,024,927) pun tak sampai! United Nations menjangka Tokyo akan pegang gelaran ini hingga tahun 2030.

3. Ketika rush hour, penumpang keretapi akan “ditolak masuk”

Foto: www.akibanation.com

Kita semua tahu yang Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang moden dan efektif. Sebanyak 57% daripada penghuni Tokyo menggunakannya. Jadi memang akan ada masalah apabila mereka berebut nak naik keretapi ketika waktu rush hour. Kebanyakkan sistem keretapi di sana selalunya 199% terlebih jumlah penumpang sampai mereka terpaksa berhimpit. Majlis perbandaran juga terpaksa mengupah orang (dipanggil “oshiya”) untuk menolak para penumpang supaya muat ke dalam gerabak keretapi. Gilalah!

4. Ada lebih banyak binatang peliharaan daripada kanak-kanak

Foto: Flickr/Luke Jones

Pada tahun 2013, sebuah laporan menunjukkan jumlah binatang peliharaan yang berdaftar adalah lebih tinggi daripada jumlah kanak-kanak di Jepun. Pada ketika itu, ada 21.3 juta kucing dan anjing berbanding dengan 16.5 juta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.

5. Ada berjuta-juta vending machine yang menjual macam-macam benda

Foto: Rachel and Jun/YouTube

Apa sangatlah yang kita boleh dapat daripada mesin layan diri yang ada di Malaysia ini? Mungkin air minuman atau snek keropok saja. Di Jepun, bukan itu saja! Majalah, bunga, barang mainan dan set makanan lengkap pun anda boleh beli daripada 5.52 juta vending machines yang ada.

6. Kes jenayah jarang sangat berlaku

Kalau nak bandingkan dengan di negara kita, kes jenayah di Jepun macam tak wujud. Realiti ini menjadikannya sebagai negara paling selamat di Asia dan negara kedua terendah dari segi jumlah kes bunuh. Tokyo pun merupakan salah sebuah bandar yang paling selamat dengan hampir tiada kes street crimes.

7. Tak banyak kepelbagaian dari segi bangsa penduduk

Tak seperti di Amerika atau Malaysia sendiri, hampir semua orang yang tinggal di Jepun telah dilahirkan di sana. Sebenarnya 98% daripada populasi Jepun adalah Japanese, manakala 2% lagi adalah orang asing.

8. Bola lisut adalah sukan yang paling popular

Foto: Matt Roberts/Getty Images

Baseball memang terkenal di Amerika, tapi rupa-rupanya orang Jepun pun suka. Tapi sukan ini lebih popular dalam kalangan orang berumur kerana generasi muda dah mula hilang minat. Sukan kedua popular adalah bola sepak.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

Eat Travel Thu, 2 Aug 2018

Villa ‘Sarang Burung’, Lokasi Paling Romantis Buat Pasangan Yang Gemarkan Privasi

Bird’s Nest Pool Villa antara salah satu villa yang popular dan paling tinggi di Keemala, Phuket.

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Tengok sama ada anda lakukan atau tak perkara-perkara ini.

Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Pilih Sendiri Dua Perisa Kegemaran Anda Untuk Hasilkan Cookie Swirl Ini

Perisa mana yang anda akan gabungkan untuk hasilkan biskut ini?

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018

Meluncur Di Gunung Berapi, Apa Macam Ada Berani?

Gunung ini adalah sebuah gunung berapi muda yang wujud pada 1850 dan mempunyai radiasi aktif.

Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Thu, 17 Jan 2019

Terjunan bungee bukan berasal dari New Zealand tetapi Republik Vanuatu

Apa ikat kaki menggunakan akar kayu? Ngerinya!

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022