Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Eat Travel By: Bibi Ramli September 4, 2018 @ 12:20pm

9 Produk Dari Farmasi Jepun Yang Anda Tak Sangka Anda Perlukan & Nak Beli

Rasanya semua orang tahu yang orang-orang Jepun memang pandai mencipta barangan yang boleh menyenangkan hidup mereka. Dari segi teknologi saja kita dah boleh lihat betapa majunya negara itu daripada negara lain.

Selain itu, “kepandaian” mereka ini juga boleh dilihat pada barangan yang mereka gunakan seharian, seperti ubat kesihatan atau produk kecantikan.

Ada sesetengah daripadanya yang kita tak pernah terfikir pun akan ada orang menciptanya. Di Malaysia, memang takkan jumpa barangan tersebut. Itu sebabnya jika anda berpeluang untuk melancong ke Jepun, anda perlu beli produk itu!

Jom kita lihat apa yang anda patut beli untuk dibawa pulang.

1. Mask Muka Lu Lu Lun

Bukan Korea saja yang banyak jual sheet mask. Jepun pun ada! Kalau anda berada di Jepun atas urusan kerja, beli dan gunakan face mask berjenama popular Lu Lu Lun pada waktu anda berehat kerana ia sangat menyegarkan.

Ada banyak lagi jenama lain dan macam-macam jenis haruman yang anda boleh try. Mesti anda nak beli banyak-banyak untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Harga: ¥400 setiap pek

2. Pelembap bibir DHC

Krim bibir berubat jenama ini memang terbaik di Jepun. Bagus sangat sampai menang award untuk produk bibir terlaris di negara tersebut!

Dengan kandungan ekstrak aloe vera dan vitamin E, lip balm ini melembutkan dan melicinkan kulit bibir hingga ia nampak bersinar secara semulajadi.

Harga: ¥432

3. Pad pemanas

Haa, bila dah penat berjalan dan bersiar-siar di sekitar bandar Jepun, mesti rasa sakit-sakit badan. Inilah masanya untuk pakai heating pad! Lekatkan saja di bahagian badan yang terasa lenguh. Ia akan mengurangkan sakit dan melancarkan peraliran darah.

Selain digunakan sebagai heating pad, ia juga sesuai untuk memanaskan tangan pada musim sejuk! Kepanasan setiap keping pad itu boleh tahan selama 6 jam.

Harga: ¥516 (pek berwarna merah jambu), ¥1317 (pek hijau-jingga)

4. Mushiyoke (penghalau nyamuk)

Jenis wristband

Kita yang datang dari negara bercuaca panas lembap ini mesti dah biasa berlawan dengan nyamuk. Jadi produk unik yang anda boleh bawa pulang dari Jepun ialah mosquito repellent! Tapi jangan ingat yang dijual di Jepun macam yang biasa kita jumpa, okay?

Jenis patch

Ramuan aktifnya adalah minyak essential yang berbau harum. Yang menariknya, ia datang dalam pelbagai rupa: wristband, patch (lekatkan saja di baju) serta pad yang boleh digantung.

Jenis yang boleh digantung

Harga: ¥600 setiap pek (wristband), ¥298 setiap pek (patch), ¥699 (jenis bergantung)

5. Ashirira Foot Relax Patches

Adakah anda telah makan banyak makanan berminyak baru-baru ini? Anda akan perlukan benda ini. Inilah pengubat untuk mengurangkan toksin dalam badan. Pad ini mengandungi ramuan semulajadi yang merangsang titik-titik akupuntur pada permukaan badan.

Harga: ¥1922 setiap pek

6. Cooling Ice Eye Mask

Ini satu lagi ciptaan orang Jepun yang kreatif! Mata anda pun berhak untuk diberi layanan spa. Jika mata anda bengkak kerana penat, mask yang menyejukkan ini akan boleh bantu menyegarkannya balik.

Ia juga dikatakan boleh menghilangkan sakit kepala dan sinus. Letakkan di dalam peti sejuk sejam sebelum guna.

Harga: ¥400 setiap pek

Bonus!

Kalau anda tak nak yang sejuk, eye mask jenis panas pun ada. Suhunya boleh meningkat sehingga 40 darjah Celcius dan boleh melembap dan melegakan mata yang penat.

Harga: ¥1058 setiap pek

7. Krim pelindung cahaya matahari Bioré

Malaysia kan selalu panas terik? Beli sunscreen ini, just in case, kerana ia memang sangat berguna. Ingat, kalau anda berada di bawah cahaya matahari tapi tak dilindungi oleh sunscreen, anda boleh dapat kanser kulit!

Produk ini bertekstur cair dan ringan serta sesuai untuk kulit muka dan badan. Ia juga tak melekit, jadi sesuailah untuk anda yang berkulit berminyak. Dengan kandungan seperti asid hyaluronic dan esen sitrus, gerenti kulit anda akan terasa lembap sepanjang hari.

Harga: Dari ¥528

8. Salonpas

Ya, produk ini memang boleh dijumpai di Malaysia, tapi yang dijual di Jepun datang dalam pelbagai variasi.

Kita biasa lihat yang hijau, kan? Yang berwarna biru adalah jenis stretchable, manakala yang pink adalah untuk orang yang berkulit sensitif. Yang oren itu sama macam pink, tapi ia memanas apabila dipakai.

Harga: Dari ¥478 setiap pek

9. Pad untuk ketiak basah

Ini memang yang terbaik! Anda mesti tak terfikir adanya produk untuk masalah ini, kan?

Ketika cuaca panas, anda bukan saja berpeluh, ketiak pun gerenti basah! Kalau bergantung kepada deodorant saja, tak cukup. Peluh anda juga akan mengotorkan baju.

Pad ketiak ini memang sangat ringan tapi ia mempunyai lapisan serapan yang kuat. Lepas ini tak adalah lagi insiden ketiak basah atau berbau yang memalukan.

Harga: ¥475 setiap pek

Percayalah, anda tak boleh melancong ke Jepun tapi tak menyinggah kedai farmasi di sana. Rugi!

Berdasarkan cadangan di atas, produk yang mana yang anda teringin nak beli?

Sumber dan kredit foto: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

Terus Lapar Kan Tengok Mee Udang Banjir Ini? Rasa Nak Ke Kuala Selangor Sekarang!

Bayangkan mangkuk mee anda dibanjiri udang galah dan udang harimau, wow sedapnya!

Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Eat Travel Sun, 18 Nov 2018

MAPS Ipoh, Destinasi Percutian Ideal Buat Keluarga Untuk Musim Cuti Sekolah Ini

Terdapat 6 zon yang menjanjikan keseronokan buat anak-anak!

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Sun, 22 Jul 2018

Memang Gebu Hokkaido Chiffon Cake Ini! Anda Boleh Tiru Resepi Ini Untuk Membuatnya

Jom asah bakat memasak anda dengan membuat Hokkaido Chiffon Cake. Gerenti sedap!

Eat Travel Tue, 13 Nov 2018

Tak Perlu Ke Osaka, Anda Kini Boleh Naiki Keretapi Bertemakan Hello Kitty Di Tokyo!

Jika anda ke Tokyo tak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini ya!

Eat Travel Mon, 20 Apr 2020
Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Fri, 26 Jul 2019

| Live TV