Eat Travel By: Ad Ops September 11, 2018 @ 4:00pm

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Jika anda berjalan atau memandu lalu di hadapan sebuah restoran makanan segera dan tiba-tiba anda terasa lapar, keadaan bawah sedar (subconscious) anda patut dipersalahkan.

Untuk pengetahuan anda, sudah sekian lamanya syarikat fast food telah menggunakan psikologi warna untuk mempengaruhi minda pengguna secara halus.

Anda perasan tak? Kebanyakan restoran fast food yang anda tahu, ada warna merah di logo mereka. Cuba ingat balik. McDonald’s, KFC, Burger King, Carls’ Jr, Marrybrown, Wendy’s… Semuanya ada warna merah!

Satu lagi warna penting yang orang selama ini tak perasan boleh mempengaruhi minda kita juga adalah warna kuning.

Menurut psikologi warna, kuning sudah lama dikaitkan dengan perasaan gembira, selesa, kepuasan dan kecekapan. Warna inilah yang bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa nostalgia setiap kali anda melalui gerbang kuning McDonald’s.

Warna yang sering dipasangkan dengan kuning adalah merah yang menaikkan rasa keinginan, kuasa dan cinta. Itulah sebabnya bila Valentine’s Day tiba, hampir semua benda diliputi dengan warna merah ros.

Itu juga kenapa apabila merah digabung dengan kuning, anda akan tiba-tiba kempunan nak makan kentang goreng keemasan yang dimasak dengan perfect.

Foto: Houston On The Cheap

Pakar pemasaran menggelarkan pasangan kuning-merah ini sebagai “Ketchup and Mustard Theory.”

Menerusi gabungan dua warna ini, kita dengan tak sedarnya dipengaruhi untuk hentikan apa saja yang kita tengah buat pada suatu ketika dan pergi mencari makanan.

Mereka bukan saja melambangkan makanan fast food lazat yang menjadi kegemaran kita, tapi merah dan kuning juga melakarkan kepuasan dan kenikmatan yang kita rasa apabila kita menjamu selera dengan orang-orang yang penting dalam hidup kita.

Pilih warna mengikut misi syarikat anda

“Jika anda pengeluar makanan sihat, anda patut pilih warna yang menguatkuasakan lagi mesej anda, seperti hijau dan warna tanah,” kata Nikki Hesford, penasihat pemasaran dan pengasas Business.

Contoh syarikat yang mengikuti tip ini untuk logo mereka adalah Subway dan Starbucks.

Foto: It’s Nice That

“Pemasaran sesuatu syarikat itu bertujuan untuk bersatu dengan orang ramai secara emosi; mewujudkan kisah-kisah menarik dan menyelami harapan, impian dan juga kerisauan mereka.

“Dalam kes ini, warna memainkan peranan penting disebabkan oleh bagaimana orang memproseskannya tanpa mereka sedari.

“Sama ada kita sedar atau tidak, warna mempunyai konotasi dan kita membuat penilaian segera berdasarkannya.”

Jadi itulah sebabnya dengan melihat logo fast food chains, kita boleh tiba-tiba rasa lapar. Okay, penulis nak pergi beli Value Meal di McDonald’s lepas ini!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Eat Travel Wed, 17 Jul 2019
Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

Berkonsepkan Kolonial Perancis, Dash Resort Tarikan Terbaru Pulau Langkawi

Dash Resort Langkawi diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards.

Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya

Eat Travel Thu, 23 Jan 2020
Eat Travel Tue, 2 Oct 2018
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Tue, 31 Jul 2018
Eat Travel Fri, 10 Aug 2018