Eat Travel By: Ad Ops July 29, 2019 @ 12:13pm

Adoi, beg tak muat? Ini tip mengemas barang untuk jimat ruang bagasi

Bercuti dan melancong memang mengujakan, tetapi apabila tiba hal mengemas beg pasti berasa stres bukan? Dah nama pun wanita, kalau boleh semua barang hendak dibawa. Baju, kasut, barang solekan, peralatan mandian, aksesori dan lain-lain lagi. Itu belum termasuk ole-ole atau barangan untuk membeli-belah.

Seperkara yang pasti, bawa banyak beg ketika melancong memang berat dan amatlah melecehkan. Sebenarnya, terdapat cara untuk anda menjimatkan ruang beg anda.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah perancangan untuk senarai barang-barang yang hendak dibawa. Senarai itu amat penting supaya anda tidak terlebih bawa atau tertinggal barangan yang penting.

Anda juga boleh menjimatkan ruang beg anda dengan menggunakan teknik lipatan dan susunan yang betul. Bagi mendapatkan ruang beg yang lebih optimum, menggulung pakaian merupakan teknik paling efektif berbanding melipat. Paling penting, anda perlu pandai membuat padanan pakaian yang dibawa.

Jom lihat video di YouTube Hijab & Heels untuk rujukan anda. Tidak perlu bimbang  selepas ini tertinggal barang atau membawa banyak beg untuk melancong. Barulah seronok hendak berjalan-jalan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 27 Jun 2020

Makan sushi di rumah sendiri sepanjang PKPP

Tak perlu ke Jepun untuk makan sushi segar

Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

9 Produk Dari Farmasi Jepun Yang Anda Tak Sangka Anda Perlukan & Nak Beli

Bila anda ke Jepun nanti, jangan lupa beli, okay?

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Sat, 20 Oct 2018

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Ais Krim Milo Yang Lembut Dan Sedap Ini

Kalau nak lagi sedap taburkan milo di atasnya!

Eat Travel Sun, 24 May 2020
Eat Travel Tue, 26 May 2020
Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Restoran Pertama Yang Bertemakan ‘My Neighbour Totoro’ Telah Dibuka Di Thailand!

Peminat filem Studio Ghibli, jangan lepaskan peluang ini!

Eat Travel Thu, 22 Aug 2019

Resipi daging yang pasti buat anda kecur liur!

Mudah untuk disediakan, paling penting sedap!