Eat Travel By: tex_admin March 27, 2019 @ 10:05am

Anak tidak mahu makan nasi? Resipi nuget buatan sendiri ini pasti membangkitkan selera mereka!

Setiap individu bergelar ibu pastinya akan berasa risau jika mendapati anak tidak lalu makan.

Ini kerana, si kecil anda memerlukan khasiat yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa.

Selain itu, ada juga kanak-kanak yang cukup anti dengan nasi! Malah, mereka menolak walaupun dimasak bersama lauk kegemaran mereka.

Nasi adalah makanan ruji dan menjadi sumber karbohidrat utama masyarakat di negara ini. Oleh itu, apabila anak anda tidak ingin menyentuhnya sama sekali, ia akan mempengaruhi diet pemakanan mereka.

Mahu atau tidak, karbohidrat perlu diambil walaupun mereka tidak ingin makan nasi.

Selain nasi, terdapat banyak lagi sumber karbohidrat yang boleh dicuba bagi menggantikannya seperti kentang dan quinoa.

Berikut adalah resipi berguna untuk anak anda yang gemarkan makanan bergoreng seperti nuget atau sosej.

Dengan menggunakan kentang, anda masih boleh memberikan nutrien yang secukupnya untuk anak anda.

Bahan-bahan

  • 3 senduk nasi panas yang dimasak lembik
  • 300 gram dada ayam yang sudah dikisar
  • 3  telur saiz sederhana
  • 2  ubi kentang
  • 2  lobak merah
  • 1  bawang holland
  • 5 helai daun bawang
  • Serbuk roti secukupnya
  • Daun sup yang dihiris halus
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Garam bukit secukup rasa
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam

Cara hidangan

  • Cuci kentang dan lobak merah sehingga bersih.
  • Rebus sehingga empuk tanpa menggunakan garam.
  • Setelah empuk, toskan dan lenyek sehingga hancur.
  • Letakkan beberapa titis minyak zaitun ke dalam nasi.
  • Seterusnya, campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti dan gaul sebati.
  • Bentukkan mengikut kreativiti masing-masing. Kebiasannya, si kecil akan lebih suka dengan bentuk yang comel.
  • Ketepikan bahan tersebut.
  • Pecahkan telur dan kacau sebati.
  • Ambil nugget dan celupkan ke dalam telur. Setelah itu, golekkan ke dalam serbuk roti sehingga sekata.
  • Setelah digolekkan, simpan ke dalam bekas kedap udara dan biarkan ia di dalam peti sejuk beku selama satu hingga dua jam.
  • Selepas itu, goreng di atas api yang sederhana.
  • Hidangan anda siap untuk dimakan.

Bagaimana? Mudah bukan? Anda sebenarnya boleh menjadikannya sebagai stok makanan dan dinikmati oleh seisi keluarga. Cubalah!

Sumber: Facebook SCha EllCha Lee‎

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 19 Jul 2018
Eat Travel Thu, 31 May 2018

Bagai Pasar Malam Mewah, Bufet Ramadan Hotel DoubleTree By Hilton Sediakan Macam-Macam Juadah

Hidangannya seperti makanan yang selalu kita jumpa di pasar malam, tapi lebih mewah.

Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Eat Travel Thu, 14 May 2020
Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018
Eat Travel Tue, 2 Jun 2020