Eat Travel By: tex_admin October 1, 2018 @ 3:00pm

Anda Berani Berjalan Atas Jambatan Kaca Di Negara China Ini?

Adakah anda seorang yang takut dengan ketinggian? Golongan ini biasanya akan elakkan diri mereka daripada mengunjungi bangunan-bangunan tinggi. Betul tak?

Tapi bagi anda yang berani, mungkin perkongsian tentang jambatan kaca Zhangjiajie ini akan buat anda teruja!

Anda pernah dengar tentang jambatan kaca Zhangjiajie yang terpanjang dan tertinggi dunia ini? Jambatan ini memang awesome sebab ia merupakan salah satu lokasi penggambaran untuk filem Avatar. 

Foto: Google

Untuk pengetahuan anda, jambatan kaca ini telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2016. Tapi 2 minggu selepas itu, terdapat lapisan gelas yang retak! Jadi ia terpaksa ditutup selama 13 hari untuk kerja-kerja pembaikan.

Jambatan ini boleh menampung seramai 8,000 orang sehari dengan maksimum 600 orang pada satu masa! Kukuh betul, kan? Mana taknya, jambatan kaca ini direka menggunakan teknologi rekaan dan tahap keselamatan yang sangat tinggi. 

Foto: The Vocket

Foto: The Vocket

Foto: ChinaPress

Ia dibina di Zhangjiajie National Forest Park yang mempunyai keluasan 11,900 ekar. Jarak di kedua-dua jurang adalah 375 meter dengan laluan pejalan kaki sepanjang 6 meter. Ketinggian jambatan ini dari tapak jurang adalah sejauh 300 meter. 

Kalau anda nak tahu, jambatan kaca ini direka oleh arkitek yang bernama Haim Dotan yang terkenal dengan rekod dunia dalam rekaan binaan dan bangunan. Kos pembinaan jambatan tertinggi dan terpanjang dunia ini adalah USD$39 juta.  

Anda pasti teruja kan nak berjalan atas jambatan kaca ini? Jangan risau, jambatan kaca ini dibina menggunakan kaca jenis tempered glass setebal 3 lapisan. Memang takkan pecah punyalah!

Ini kerana sebelum pembukaan jambatan ini, sesi demonstrasi telah dilakukan di mana ada cubaan memecahkan kaca dengan menggunakan tukul sebanyak 50 kali. Ia diikuti dengan panduan sebuah kereta jenis SUV dengan berat 2 tan melalui atas jambatan kaca ini. 

Ujian-ujian ini dilakukan untuk menunjukkan tahap keselamatan pembinaan jambatan yang sangat tinggi ini.

Jadi, tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda ke negeri China untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di jambatan kaca Zhangjiajie ini. Penulis gerenti anda akan merasai pengalaman yang menakjubkan! 

Tapi, jika anda mengidap penyakit jantung, darah tinggi atau takut pada ketinggian, anda dinasihatkan untuk tidak cuba berkunjung ke sini. Takut nanti lain pula yang jadi! 

Sumber: Kaki Melancong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 19 Dec 2018

Mee Besen Original Melaka, Makan Sampai Kenyang!

Khabarnya hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka!

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Sat, 5 Jan 2019

Resipi Burger Ayam Goreng Buttermilk Ini Gerenti Memuaskan Hati & Perut

Ayam goreng memang kena dengan rasa buttermilk itu.

Eat Travel Mon, 20 Apr 2020
Eat Travel Thu, 27 Dec 2018

Kalau Ke Jaipur India, Jangan Lupa Singgah Di 5 Lokasi Ini

Kota bersejarah Jaipur turut dikenali sebagai Pink City!

Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Senang je nak buat bubur pulut hitam ini!

Eat Travel Sat, 25 Apr 2020
Eat Travel Sat, 9 Mar 2019