Eat Travel By: tex_admin June 4, 2018 @ 4:00pm

8 Jenis Masakan Rendang Ini Pelik-Pelik, Anda Mungkin Tak Pernah Dengar Tentangnya

Nak dekat raya ini, pasti menu yang menjadi pilihan anda adalah masakan rendang. Tidak kira rendang ayam atau daging, hidangan ini pasti akan memikat selera kita! Betul tak?

Tapi kali ini penulis nak bawa anda untuk mengenali 8 jenis rendang yang pelik! Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah menikmatinya, mungkin juga anda tidak pernah tahu akan kewujudan rendang ini! Jom kita semak!

1. Rendang Belut

Foto: InfoSumber

Wow! Memang lain daripada yang lainlah, ada rupanya rendang belut! Untuk pengetahuan anda, hidangan ini merangkumi isi belut hancur yang sudah dibersihkan tanpa tulangnya. Penulis memang suka makan belut, bolehlah penulis cuba masak rendang belut ini nanti!

2. Rendang Paku-Pakis 

Foto: My Kitchen

Biasanya paku-pakis ini dimasak lemak kan, tapi lain pula dengan masakan asal daripada Indonesia ini. Ia mungkin boleh digelar sebagai “Rendang Vagetarian” kerana ia berasaskan ulam paku-pakis. Rendang ini dimasak sehingga kering. Mesti sedap, kan?

3. Rendang Telur

Foto: Rendang Indonesia

Anda jangan keliru, rendang ini bukan berasaskan telur rebus atau telur goreng, ya! Rendang telur ini merupakan kombinasi antara telur dan tepung ubi kayu yang diuli menjadi doh sebelum digoreng garing menjadi kerepek dan kemudiannya, barulah ia dibuat untuk masakan rendang. Rendang telur ini popular di Indonesia.

4. Rendang Maco

Sumber: Wanista

Maco menurut kamus Indonesia adalah sejenis ikan masin yang kemudiannya dimasak menjadi rendang. Cuba bayangkan gaul rendang ikan masin ni dengan nasi panas, memang sedap!

5. Rendang Jering

Foto: Cookpad.com

Bagi anda yang suka makan jering, bolehlah cuba menu ini. Pasti sedap!

6. Rendang Jantung Pisang

Foto: Cookpad.com

Siapa sangka jantung pisang rupanya boleh dimasak rendang! Biasanya rendang ni akan dimasak dengan kuah yang banyak. Mungkin lebih enak dimakan begitu dan sesuai dijamah dengan nasi putih.

7. Rendang Pucuk Ubi Serunding

Foto: Singgahsana Kitchen

Pucuk ubi kalau ibu kita masak, rebus ataupun masak lemak, tapi lain pula jika ia dimasak rendang. Biasanya rendang pucuk ubi ini dimasak dengan cebisan daging halus dan pucuk ubi. Penulis belum pernah rasa lagi, tapi penulis yakin, rendang ini mesti sedap! 

8. Rendang Siput

Foto: Najlaaimi

Rendang siput babi ini antara yang popular di Sabah dan Sarawak. Rendang ini memang wujud, kata orang tekstur dagingnya rasa macam daging ayam tapi ada sedikit kenyal. Petua untuk masak rendang ini perlu direbus dahulu daging siput tersebut selama 1 jam sebelum ia dimasak rendang. Cengkerangnya jangan dimasak sekali ya!

Agak-agak mana satu rendang yang ingin anda rasa?

Sumber: Travelingyuk , Najlaaimi Blogspot, Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 5 Aug 2018
Eat Travel Sat, 7 Jul 2018

Teh Tarik Lebih Ummpphh Kalau Letak Bahan Ini

Nak lebih ‘kick’ letakkan sedikit madu.

Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

Libur gaya baharu, tidak perlu keluar rumah. Ketahui bagaimana!

Bawa percutian kondusif ke kediaman sendiri

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Resipi Mudah Untuk Hidangan Mi Segera Yang Lebih Sihat & ‘Power’

Senang sangat nak buat, ia hanya mengambil masa 20 minit.

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

Sedang Berdiet? Jom Cuba Menu Sihat Salad Udang Panggang Bersama Mi Ini

Kalau anda nak tahu, menu ini ‘kaya’ dengan sayur-sayuran!

Eat Travel Thu, 14 May 2020
Eat Travel Tue, 7 May 2019