Eat Travel By: Ad Ops July 15, 2018 @ 3:00pm

Anda Suka Makan Cream Puff Kastard? Cuba Buat Sendiri Dengan Resipi Ini

Ada sesuatu yang comforting tentang cream puff. ‘Kuih’ ini simple saja; ia merupakan adunan tepung pastri yang diisi dengan krim.

Tapi bila anda mengunyahnya di dalam mulut, fuhh… Heavenly, bak kata orang putih. Gabungan pastry yang lembut dengan inti yang lemak berkrim memang memberi nikmat tak terhingga kepada sesiapa yang memakannya! Satu atau dua biji saja memang takkan cukup.

Walaupun ia nampak macam sedikit renyah untuk buat (yalah, kena sumbatkan krim ke dalam pastry), cream puff ini taklah mencabar sangat resipinya.

Tapi memang anda akan rasa geram jika pastry anda tak naik dengan cantik. Jangan risau! Di bawah ini, ada resipi yang gerenti akan menjadi.

Jom cuba!

Nota: Resipi ini melibatkan krim kastard yang sering dihidang dengan cream puff sebagai pencuci mulut. Jika mahu, anda boleh juga cuba masukkan inti yang lain seperti whipped cream. Kalau tak pun, cream puff boleh dimakan begitu saja. Hidangkan dengan buah-buahan, kalau nak.

Bahan-bahannya:

Untuk krim kastard:

  • 4 biji telur kuning
  • 120g gula putih
  • 50g tepung kek
  • 250ml susu cair
  • Ekstrak vanila
  • 100g krim segar
  • 20g gula putih

Untuk puff pastry:

  • 50g mentega
  • 2g garam
  • 120ml air
  • 75g tepung kek
  • 2 biji telur besar

Foto: tip.daum.net

Cara-caranya:

1. Untuk buat krim kastard, di dalam periuk, masukkan telur dan gula dan gaul hingga sebati dengan whisk.

2. Masukkan kesemua tepung kek dan separuh daripada susu sebelum anda kacau lagi. Masukkan lebihan susu dan ekstrak vanila, dan kacau.

3. Letakkan di atas api perlahan dan teruskan mengacau dengan sudip silikon hingga ia menjadi likat.

4. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk leper. Cover dengan selapis cling wrap (bungkus plastik) dan tekankan supaya tiada ruang udara antara mulut mangkuk dengan permukaan krim kastard. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria daripada membiak. Biarkan sejuk di dalam peti ais.

5. Untuk buat puff pastry pula, di dalam periuk, masukkan mentega, garam dan air. Biarkan cair di atas api perlahan.

6. Masukkan tepung kek. Tutup api dan gaul sampai rata. Kemudian pasang semula api perlahan dan teruskan kacau adunan tersebut.

7. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kaca dan ratakan supaya ia lekas sejuk. Sementara itu, pecahkan dua biji telur besar di dalam mangkuk lain dan kacau.

8. Apabila dough tadi dah sejuk, masukkan telur hancur sikit demi sikit (3 kali tuangan) sambil anda mengacau campuran itu.

9. Bila dah sekata, masukkan dough ke dalam piping bag. Nota: Pada masa ini, anda boleh mula pasang oven ada di suhu 200 darjah Celcius sebelum mula baking.

10. Di atas dulang yang dialas dengan kertas minyak (baking paper), picitkan isi dough dari dalam piping bag mengikut saiz cream puff yang berpatutan.

11. Kemudian semburkan air ke atasnya hingga ia betul-betul basah. Tekan bahagian bucu tajam di atas setiap bebola dough supaya ia membulat.

12. Bakar di dalam oven selama 25 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.

13. Setelah habis dibakar, di dalam sebuah mangkuk, putarkan krim segar dan 20 gram gula putih. Campurkan adunan kastard yang telah disejukkan tadi ke dalamnya, dan putar lagi hingga sebati.

14. Dengan menggunakan muncung piping bag yang tirus, tebuk lubang di bahagian bawah setiap cream puff.

15. Kemudian, masukkan adunan krim kastard tadi ke dalam piping bag. Gunakan muncung piping bag yang sama untuk isikan krim ke dalam bahagian dalam cream puff. Kalau boleh isi penuh-penuh! Lagi puas bila makan.

16. Sejukkan di dalam freezer selama sejam supaya isi krim tersebut tidak meleleh keluar apabila dimakan.

Sumber: LOVE_The_SCOOP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Fri, 25 Jan 2019

Hidangan ayam lemon yang lemak berkrim ini pasti menambat selera anda

Jika teringin nak cuba masak, ikuti resipinya di sini!

Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Wed, 10 Oct 2018

Country Garden Johor Lokasi Percutian Mewah Untuk Anda!

Country Garden Danga Bay adalah projek bersepadu mega.

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Pengantin pun ada sambal sendiri?

Nama dah unik, tentu rasa pun sedap!

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

Terus Lapar Kan Tengok Mee Udang Banjir Ini? Rasa Nak Ke Kuala Selangor Sekarang!

Bayangkan mangkuk mee anda dibanjiri udang galah dan udang harimau, wow sedapnya!

Eat Travel Thu, 22 Aug 2019

Resipi daging yang pasti buat anda kecur liur!

Mudah untuk disediakan, paling penting sedap!

Eat Travel Fri, 5 Oct 2018

Escape Dari Kesibukan Kota Dan Temukan Kedamaiannya Juga Di Dalam Kota

Manfaatkan waktu singkat anda dengan melawati enam lokasi mendamaikan ini.