Eat Travel By: Ad Ops August 7, 2018 @ 5:00pm

Apa Barang Churros Biasa? Jom Cuba Buat Churros Berperisa Red Velvet Pula

Snek churros dah lama popular dalam kalangan orang Malaysia. Keropok tepung lembut tapi rangup yang disalut dengan gula serbuk kayu manis memang syok apabila dimakan!

Anda pun mungkin pernah terbaca resipi churros di laman web atau laman media sosial. Tapi anda pernah jumpa tak resipi untuk Red Velvet Churros?

Ya, Red Velvet, macam kek yang popular itu! Daripada kek biasa, kita transform ke dalam bentuk churros. Siap ada cream cheese lagi!

Jadi untuk anda yang meminati kedua-dua churros dan kek Red Velvet, untunglah! Ini dia resipinya yang anda boleh cuba.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan air
  • ¼ cawan gula (granulated)
  • 4 sudu besar mentega unsalted
  • 1 cawan tepung serbaguna 
  • 1 cawan cake mix perisa red velvet
  • 2 biji telur
  • Minyak Canola, untuk goreng
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 230 gram cream cheese, dilembutkan
  • ½ cawan gula icing
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Cara penyediaan:

1. Dalam sebuah periuk di atas api sederhana, masukkan air, ¼ cawan gula (granulated) dan mentega hingga mendidih. Masukkan tepung dan cake mix dan kacau kuat-kuat hingga adunan sebati.

2. Alihkan daripada api dan tambahkan telur. Kacau hingga adunan bertambah keras.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang bermuncung bentuk bintang. Picitkan jalur-jalur churros bersaiz 3 ke 4 inci panjang ke atas kertas minyak. Kemudian, bekukan selama 30 minit.

4. Panaskan minyak di dalam periuk di atas api sederhana. Gorengkan kepingan churros selama 3 ke 4 minit, kemudian alihkan dan keringkan di atas tisu tebal.

5. Dengan menggunakan straw, tebuk lubang dari satu hujung batang churros ke hujung lagi satu supaya ada ruang untuk meletakkan isi filling keju krim.

6. Di dalam sebuah pinggan, campurkan serbuk kayu manis dengan ½ cawan gula dan kacau hingga warnanya sekata. Salutkan kepingan churros dengan campuran gula cinnamon itu.

7. Di dalam mangkuk sederhana, gabungkan cream cheese, gula icing dan ekstrak vanila, dan kacau hingga halus.

8. Masukkan filling ke dalam piping bag bermuncung bulat dan kecil dan picitkan isinya ke dalam lubang churros. Siap!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 14 Sep 2018
Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Eat Travel Sun, 3 Feb 2019
Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!

Eat Travel Wed, 29 Apr 2020

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Lauk mudah disediakan, sedapnya tahap angkat ibu jari

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Eat Travel Fri, 11 May 2018

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Bila anda belah kek comel ini di bahagian tengahnya, fuuuh. Meleleh air liur.

Eat Travel Wed, 14 Mar 2018

Roti Canai ‘Terbang’, Antara Menu Wajib Bila Holiday Ke Melaka!

Negeri Melaka merupakan antara negeri yang kaya dengan sejarahnya tersendiri.