Eat Travel By: Ad Ops July 21, 2018 @ 1:00pm

Ayam Goreng Korea Ini Memang Lazat Hingga Menjilat Jari! Ini Resipinya

Sesiapa yang hantu Korea mesti pernah makan KFC – Korean Fried Chicken.

Ayam goreng rangup yang disaluti dengan sos cili yang sekali gus pedas, manis dan masam… Fuhhh! Makan satu saja memang tak cukup.

Hidangan ini dinamakan Yangnyeom Chicken. Mungkin kerana ia berasaskan ayam, ia memang popular dalam kalangan orang Malaysia.

Kalau nak makan di Korea, takut tak halal pula. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah?

Senang saja pun! Goreng ayam dulu, lepas itu buatkan sos dengan mencampurkan beberapa bahan. Dah siap!

Nak tahu resipinya? Teruskan baca artikel ini. Hasilnya memang akan buat anda terliur.

Bahan-bahannya:

1) Untuk ayam goreng

  • 1.5 kilo potongan ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ cawan tepung ubi atau jagung
  • ¼ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 biji telur

2) Untuk sos:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/3 cawan sos tomato
  • ¼ cawan pes cili Korea (gochujang)
  • 1/3 cawan sirap beras atau madu atau corn syrup
  • 1 sudu besar cuka epal
  • Bijan

Foto: www.maangchi.com

Cara-caranya:

1. Gaulkan kepingan ayam dengan serbuk lada hitam dan garam. Biarkan perap selama 30 minit.

2. Panaskan sebanyak 6 cawan minyak sayur di dalam pan untuk goreng ayam.

3. Gaulkan pula tepung ubi/jagung, tepung gandum, tepung pulut, baking soda dan telur dengan ayam tadi.

4. Goreng ayam dalam minyak panas di atas api kuat selama 10 minit. Kemudian, angkat dan tuskan minyak, dan letak tepi selama beberapa minit.

5. Kemudian, goreng semula ayam itu selama 10 minit hingga kesemua kepingan ayam nampak golden brown dan rangup di bahagian luarnya. Nota: Jika kuali anda tak cukup besar, bahagikan ayam kepada 2 batch dan goreng.

6. Sementara itu, buat sosnya. Panaskan minyak sayur di dalam pan dan goreng bawang putih.

7. Masukkan sos tomato, pes cili Korea dan sirap beras, dan kacau. Masukkan cuka epal dan kacau lagi. Tutup api dan letak tepi.

8. Jika ayam anda dah cukup masak, angkat dan tuskan minyaknya. Masukkan ayam goreng ke dalam pan berisi sos tadi dan gaul hingga rata.

9. Taburkan bijan ke atas ayam. Jom makan!

Tip: Kalau nak pedas lagi, tambahkan chilli flakes ataupun potongan cili padi.

Untuk rujukan, pelajari cara-caranya melalui video ini:

Sumber: Maangchi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018
Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Pilih Sendiri Dua Perisa Kegemaran Anda Untuk Hasilkan Cookie Swirl Ini

Perisa mana yang anda akan gabungkan untuk hasilkan biskut ini?

Eat Travel Thu, 25 Apr 2019

6 snek popular tetapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kanak-kanak

Jangan beri makanan yang tidak berkhasiat kepada anak anda!

Eat Travel Wed, 25 Apr 2018

Sekali Cuba Hendak Lagi, Fradoo ABC Special Madness Bikin Pelanggan Ketagih!

Halakan perjalanan anda ke Fradoo ABC Special Madness yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan ABC yang cukup lazat.

Eat Travel Wed, 13 Mar 2019
Eat Travel Wed, 31 Jul 2019
Eat Travel Fri, 27 Jul 2018
Eat Travel Tue, 2 Jun 2020
Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Kira kalori pastikan gaya hidup sihat

Inilah kira-kira yang menguntungkan