Eat Travel By: tex_admin July 12, 2018 @ 12:00pm

Ayam Masak Lemak Cili Api, Menu Lunch Yang Paling Digemari! Jom Cuba Resepi Ini

Bagi para suri rumah yang masih tak tahu nak masak apa untuk hidangan makan tengah hari, bolehlah mencuba resepi ayam masak lemak cili api ini. Memang jilat jari punyalah rasa keenakkannya!

Bagi anda yang kat office pula, bila balik nanti boleh cuba masak resepi ini ya! Jom kita ketahui cara-cara nak buat ayam masak lemak cili api ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ekor ayam

1 biji bawang besar (kisar)

4 ulas bawang putih (kisar)

1 inci halia (kisar)

1 inci kunyit hidup (kisar)

10-15 tangkai cili padi

2 batang serai (diketuk)

Garam secukupnya

2 cawan air

3/4 cawan santan

1 biji kentang dipotong dadu

Sedikit air limau kasturi

Cara-caranya:

1. Tumis bawang, halia, bawang putih, kunyit, serai, dan cili padi sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan ayam. Kacau rata.

3. Masukkan pula 2 cawan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan santan dan kentang. Kacau sehingga rata.

5. Masukkan garam dan air limau kasturi. Kacau dan biarkan ia mendidih.

6. Kacau selalu sehingga ayam masak. 

7. Apabila dan masak sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Menu ini jimatkan masa di dapur

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Fri, 24 Aug 2018
Eat Travel Fri, 18 May 2018

Penyediaan Semudah ABC, Jom Belajar Masak Dessert Klasik Sago Gula Melaka Di Rumah

Sago Gula Melaka, antara hidangan klasik pencuci mulut yang cukup popular sepanjang Ramadan.

Eat Travel Tue, 16 Oct 2018
Eat Travel Fri, 20 Dec 2019

Tahukah anda nutritional yeast lebih sedap daripada MSG? Sihat pula tu!

Nutritional yeast atau ekstrak cendawan banyak khasiatnya!

Eat Travel Mon, 10 Dec 2018