Eat Travel By: Ad Ops May 31, 2018 @ 11:00am

Bagai Pasar Malam Mewah, Bufet Ramadan Hotel DoubleTree By Hilton Sediakan Macam-Macam Juadah

Apabila kita pergi makan bufet, perkara yang paling kita nak ialah kepelbagaian. Lagi banyak lauk atau makanan yang disediakan, lagi best.

Kita sebagai pengguna akan rasa seronok apabila ada banyak pilihan di tangan kita.

Dan sebagai orang Malaysia, mesti anda dah biasa beli juadah makan malam dari pasar-pasar malam yang dibuka berdekatan dengan rumah.

Yang seronoknya, macam-macam ada dijual, jadi anda perlu tanya saja perut anda nak makan apa. Sama macam bufet!

Untuk bulan puasa ini, restoran Makan Kitchen di hotel DoubleTree by Hilton menggabungkan kedua-duanya untuk menawarkan promosi bufet Ramadan yang berkonsepkan “pasar malam”.

Jadi dengan harga RM148 atau RM158 seorang, anda boleh makan juadah pasar malam kegemaran anda puas-puas di sini.

Dan kerana ia disediakan oleh team Makan Kitchen yang berpengalaman dalam memasak, makanan-makanan yang dihidang gerenti lebih mewah daripada biasa.

Of course, selain juadah pasar malam, ada juga hidangan lain-lain. Antara menu yang menarik adalah Char Kuey Tiaw, Apam Balik Rangup, Laksa Sarawak, Satay, Popiah Basah, Kerabu, Ayam Penyet Berlada, Ayam Percik, Gulai Masak Lemak Tempoyak serta Sup Kawah Meletop. Kambing Golek pun mestilah ada.

Selain itu, bufet ini juga menghidangkan masakan India dan Cina. Antara juadah masakan India adalah Lamb Peratal, Pepper Chicken, Tandoori Chicken dan Kerala Meen Kulambu.

Kuih-muih dan buah-buahan pun ada!

Jom tengok gambar-gambar hidangan yang disediakan. Memang banyak! Maaf, ya, kalau anda terliur!

Restoran Makan Kitchen terletak di tingkat 11 di hotel DoubleTree by Hilton, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Harga masuk untuk seorang adalah RM158 (dari sekarang hingga 7 Jun) dan RM148 (dari 8 ke 14 Jun). Untuk membuat tempahan, menghubungi +603 2172 2172 atau klik di sini.

Sumber: miss-azwarsyuhada.blogspot.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!

Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

Cef Ini Menghias Keknya Bertemakan Pokok Kaktus. Nampak Macam Real!

Hanya guna buttercream untuk hasilkan pelbagai jenis dan saiz pokok kaktus.

Eat Travel Fri, 20 Dec 2019

Tahukah anda nutritional yeast lebih sedap daripada MSG? Sihat pula tu!

Nutritional yeast atau ekstrak cendawan banyak khasiatnya!

Eat Travel Mon, 14 Jan 2019
Eat Travel Sun, 21 Oct 2018

4 Resipi Pasta Ringkas & Tak Memerlukan Banyak Ramuan Ini Gerenti Mengenyangkan

Jika anda belum restock barang dapur, bolehlah cuba resipi ini.

Eat Travel Wed, 20 May 2020
Eat Travel Wed, 16 May 2018

Kalau Dah Sampai Kuala Kangsar, Jalan Lupa Borang Donut Hipster. Murah Dan Sedap!

Jika anda ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah dan halakan perjalanan anda ke premis ‘Donut Hipster’ yang terletak di Taman Chandan Puteri.

Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.