Eat Travel By: Yanie Baharom January 11, 2020 @ 4:49pm

Bagaimana hendak buat tempe, air soya dan tauhu bebas pengawet? Ini caranya!

Khasiat dan kebaikan kacang soya sudah lama diketahui umum, malah boleh dikatakan semua peringkat usia menggemari makanan alternatif yang mempunyai khasiat seperti susu ini.

Dikatakan berfungsi sebagai makanan seimbang yang mempunyai manfaat tersendiri untuk tubuh badan, harga kacang soya jauh lebih murah berbanding  susu, daging atau telur.

Meskipun bersaiz kecil, kacang soya yang termasuk dalam kategori kekacang ini mempunyai khasiat tinggi, antaranya bagi setiap 100 gram kacang soya, terdapat kandungan 50 peratus protein di dalamnya, yang mana peratusan berkenaan dua kali lebih banyak berbanding kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur.

Antara khasiat kacang soya adalah kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, zat besi dan fosforus, selain  vitamin A, B, C, D serta lecithin.

Foto; Nutra Ingredients

Kacang soya juga digunakan sebagai bahan gantian susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Kajian juga mendapati, protein soya mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. Secara keseluruhannya, pemakanan berasaskan kacang soya tanpa bahan pengawet adalah sangat baik untuk diamalkan. 

Antara makanan yang diperbuat daripada soya ialah tempe, air soya dan tauhu yang boleh dinikmati sama ada digoreng atau direbus.

Namun begitu, bagi yang masih berasa sangsi dengan bahan makanan berasaskan soya yang terdapat di pasaran, bolehlah mempelajari cara membuat tiga jenis makanan ini. 

1. Air soya

Air kacang soya terkenal sebagai minuman yang menjadi pilihan ramai dan mempunyai kebaikan tersendiri untuk kesihatan. Sama ada dinikmati sejuk atau panas, kedua-duanya sangat enak.

Kandungan air kacang soya terletak pada komponen dalam soya yang meliputi karbohidrat, serat, vitamin E dan K, asid lemak perlu (essencial fatty acid) dan lisin juga adalah jenis asid amino yang boleh diperoleh dalam air soya.

Selain itu, ia juga kaya dengan dengan kandungan vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh manusia meliputi kalsium, zat besi, riboflavin dan vitamin b12.

Resipi air soya yang boleh dihasilkan sendiri:

Bahan-bahan:

250 gram kacang soya
1 jug air masak
3 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya

Cara membuat:

1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang kembang. Buang kulit yang tertanggal.

2. Masukkan 1/4 kacang soya ke dalam pengisar bersama-sama tiga cawan air. Kisar hingga kacang hancur.

3. Tapis kisaran kacang tadi ke dalam periuk menggunakan kain kasa atau penapis halus. Perah kacang hingga ia benar-benar kering. Ulang proses yang sama untuk baki kacang yang ada.

4. Setelah proses memerah, masak air soya dengan api kecil dan masukkan daun pandan.

5. Tambahkan gula secukup rasa dan kacau sehingga larut. Jika suka, anda boleh menyediakan air gula secara berasingan dan dicampurkan ke dalam soya apabila mahu menikmatinya.

6. Masak air soya hingga mendidih dan pastikan ia tidak mendidih sehingga melimpah keluar daripada birai periuk.

7. Padamkan api, biarkan ia suam seketika dan sedia untuk dinikmati.

2. Tempe

Tempe mempunyai khasiat paling tinggi berbanding produk lain yang dihasilkan daripada kacang soya. Ia lebih padat dengan kadar air yang sedikit sahaja, menyediakan dua kali kalori, lemak, protein serta empat kali lebih banyak karbohidrat.

Resipi tempe daun pisang buatan sendiri:

Bahan-bahan:

200 gram kacang soya

2 sudu makan cuka

3/4 sudu teh ragi tempe

Daun pisang

Cara membuat:

1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kemudian rebus sehingga mendidih dan biarkan sejuk seketika sebelum melakukan proses ramasan bagi menanggalkan kulit kacang soya.

2. Rebus kacang soya sekali lagi sehingga mendidih. Tambahkan cuka dan padamkan api. Keluarkan dan tapis kacang soya itu. Biar sejuk.

3. Apabila kacang soya kering, taburkan ragi tempe dan adun supaya sekata.

4.  Kemudian bungkus kacang soya yang telah digaul tadi dengan daun pisang.

5. Simpan bungkusan tempe daun pisang di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30 darjah Celsius selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.

6. Sedia untuk dinikmati, sama ada digoreng atau hidangan berkuah.

3. Tauhu soya

Foto: YSL Food

Ini antara makanan kegemaran penulis! Sebagaimana yang umum tahu, kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya.

Tauhu dibuat dengan mengeraskan pati soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Pati soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan khasiat kesihatan.

Resipi tauhu soya buatan sendiri:

Bahan-bahan:

1 kilogram kacang soya – direndam semalaman

10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan Glucano Delta Lactone (GDL) kerana fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya

2 helai kain bersih – sebaiknya guna kain lampin baharu

2 penapis

Cara memasak:

1. Kisar kacang soya dengan air pada nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan dua cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.

2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis dan buang hampas soya.

3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar dan pastikan sentiasa dikacau hingga keluar bau soya. Ketika proses ini berlangsung, teruskan mengacau untuk mengelakkan soya pecah. Tunggu sehingga lima minit kemudian padamkan api. Biarkan lima minit lagi supaya suam sedikit.

4. Tapis soya sekali lagi bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada selain menjadikan tauhu cantik dan lembut.

5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan lima minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi berketul. Anggaran masa dalam 15-20 minit.

Nota:  Selain cuka,  GDL juga boleh digunakan. Nisbahnya ialah 30 gram GDL dilarutkan dengan setengah cawan air suam. Kemudian campur ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.

6. Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin baharu dan bersih. Di bawah tapis beralas perlu diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.

7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.

8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.

9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.

Apa macam, teruja kan? Jadi tunggu apa lagi, jom ke dapur sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Thu, 13 Jun 2019

Cuba buat nuget kubis bunga berinti keju yang sihat ini, anak anda pasti suka!

Mudah sahaja untuk membuatnya, anak anda pun boleh tolong!

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Eat Travel Fri, 11 May 2018

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Bila anda belah kek comel ini di bahagian tengahnya, fuuuh. Meleleh air liur.

Eat Travel Sun, 10 Feb 2019

Kek coklat ini tidak menggunakan sebarang ramuan tenusu atau telur, tetapi rasanya penuh nikmat!

Sesuai untuk masalah intolerans laktosa atau mempunyai alahan!