Eat Travel By: tex_admin June 28, 2018 @ 1:00pm

Baked Cheese Macaroni Ini Memang Sedap, Jom Belajar Masak Sendiri

Sekarang ini kan musim semua orang nak buat open house? Mungkin anda juga tidak mahu ketinggalan. Biasanya, menu hari raya ini mesti ada ketupat, rendang, lodeh dan ayam masak merah. Tapi kalau makan selalu pun boring juga.

Jadi, bagi anda yang nak pelbagaikan menu untuk majlis rumah terbuka yang bakal diadakan nanti, anda boleh cuba hidangkan Baked Cheese Macaroni ini. Penulis yakin, tetamu anda nanti pasti suka!

Jom kita semak cara nak membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

150 gram makaroni

1/2 biji awang Holland yang dicincang halus

3 biji bawang merah yang dicincang halus

2 ulas bawang putih yang dicincang halus

2 sudu besar pes cili

3 sudu besar tomato puri

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil oregano

100 gram ayam cincang

Sayur campur

1 biji tomato dipotong dadu

Daun sup dicincang halus

Minyak masak

Garam

Gula

1 sudu besar mentega

1 keping keju cheddar

1 cawan susu segar

1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh bersama air

Cara-caranya:

1. Rebus makaroni dan tambahkan sedikit minyak masak ke dalam air itu. Kacau selalu. Apabila makaroni sudah masak, tapis dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam pan. Tumiskan bawang Holland, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes cili. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan pula ayam cincang. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan api yang sederhana.

4. Seterusnya, masukkan tomato puri dan sos tiram. Kacau sehingga daging ayam masak. 

5. Masukkan oregano, garam dan gula secukup rasa. Kemudian, masukkan pula sayur campur, daun sup dan tomato. Kacau sehingga rata. 

6. Akhir sekali, masukkan makaroni dan gaulkan sehingga rata. Setelah rata, ketepikan.

7. Untuk membuat toppingnya pula, anda perlu panaskan pan dan masukkan mentega sehingga cair.

8. Apabila mentega sudah cair, masukkan keju cheddar dan susu segar. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.

9. Kemudian, masukkan oregano, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan masukkan pula tepung jagung. Kacau sehingga pekat.

10. Masukkan makaroni yang telah dimasak tadi ke dalam loyang empat segi (rujuk dalam video). Curahkan topping dan gaulkan rata. 

11. Taburkan hirisan keju cheddar dan bakar 20 hingga 30 minit pada suhu 170 darjah Celcius.

12. Setelah siap dibakar, sedia untuk dihidangkan.

Anda boleh rujuk video ini untuk lebih jelas lagi:

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Pulau Jerejak yang dulu pulau ‘buangan’, kini tarikan utama si kaki foto

Peluang kenali sejarah sambil menikmati panorama indah

Eat Travel Wed, 29 Aug 2018

Nasi Lemak Lobster Cuma RM25? Wow Murahnya!

Nasi Lemak Tepi Jalan mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun.

Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Eat Travel Thu, 18 Jul 2019
Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Nampak Macam Susah Tapi Senang Saja Untuk Buat Kek Mille Crepe! Ini Resipinya

Resipi ini adalah untuk perisa coklat, tapi ubahlah ramuannya mengikut citarasa anda.

Eat Travel Fri, 1 Feb 2019

Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali sebenar

Hendak nampak seperti seorang yang profesional?

Eat Travel Sat, 5 May 2018

Resepi Puding Jagung Kastard Ini Tak Akan Kecewakan Anda. Memang Sedap!

Siapa suka puding jagung kastard? Kalau anda suka jom cuba resepi ini.

Eat Travel Mon, 11 Mar 2019

| Live TV