Eat Travel By: tex_admin May 7, 2019 @ 12:45pm

Berbuka sambil menderma dengan NY Steak Shack Share The Love Campaign

 

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Persoalan yang paling sukar untuk dijawab pada bulan Ramadan apabila tiba waktu berbuka adalah, “Hendak makan di mana dan makan apa?”

Soalan yang ringkas dan padat ini sememangnya mudah untuk didengar tetapi apabila diutarakan, setiap orang pasti masih mempunyai kesukaran untuk menjawabnya.

Jangan pening lagi!

Jika anda belum mencuba stik di NY Shack Steak, ini adalah masanya!

Foto: NSTP

Ini kerana, jika anda berbuka puasa di sini, anda berpeluang untuk menderma kepada golongan yang lebih memerlukan.

Restoran makanan stik halal pertama di Malaysia ini telah melancarkan kempen ‘Share The Love’ buat kali kedua sejak tahun lepas sempena Ramadan ini.

Mengetengahkan konsep berbakti kepada masyarakat, projek ini mengumpul dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tahun ini, Masjid Tun Abdul Aziz (MTAA), Petaling Jaya adalah penerima dana bagi tujuan menambah naik infrastruktur majid.

Caranya mudah sahaja. RM5 akan disalurkan ke tabung masjid MTAA dengan setiap pembelian di NY Steak Shack pada bulan Ramadan.  

Menurut Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack, Muhammad Adam Mah, sokongan hebat dan positif dari orang ramai mendorong pihak restoran untuk meneruskan inisiatif yang dilakukan.

Foto: NSTP

Menariknya, anda dapat menikmati pelbagai menu dalam set yang disediakan.

Terdapat lapan menu utama iaitu Beef Platter, Lamb Platter, Meat-Addict Platter, Poultry Platter, Seafood Platter, Steakalicious Platter, Surf & Turf Platter dan Triple Taste Platter.

Beef Platter merangkumi menu bebola daging lembu dan daging panggang bersama nasi, kentang goreng dan sayur campur. Jika anda bukan peminat daging, terdapat menu Poultry Platter yang menggabungkan ayam dan itik panggang dan dihidang bersama nasi dan sayur.

Foto: NSTP

Selain itu, setiap hidangan akan dilengkapi dengan nasi sesuai dengan selera masyarakat di negara ini.

Hidangan bermula dari harga RM88.80-RM99.80 dan boleh dikongsi sehingga 3 orang!

Bagaimana? Enak bukan? Cubalah!

NY Steak Shack berada di lapan  cawangan di Lembah Klang termasuklah antaranya di Sunway Pyramid, Subang Jaya dan Sunway Velocity.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018
Eat Travel Fri, 29 Jun 2018
Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Sun, 18 Aug 2019
Eat Travel Wed, 21 Nov 2018

Gladden Private Island Antara Pulau Paling Privasi Di Dunia!

Resort ini hanya boleh menampung sehingga 4 orang pengunjung dalam satu-satu masa sahaja.

Eat Travel Wed, 7 Nov 2018

Thailand Rancang Buat Eksperimen Dengan Menghantar Durian Ke Angkasa Lepas

Agaknya apa akan jadi dengan eksperimen ini ya?