Peminat makanan pedas mesti suka makan ramyeon Samyang, kan? Sajian mi segera ini menyengat kerana sosnya yang pedas itu.
Produk yang didatangkan dari Korea ini sudahpun menerima sijil halal, jadi makin ramai orang Malaysia yang membelinya.
Yalah, mana taknya? Makan panas-panas… fuhhh. Nikmatnya mengancam! Bagi yang tak tahan pedas, ada orang sampai cirit-birit tapi rasa uniknya membuatkan kita nak lagi.
Tapi realitinya tak eloklah makan selalu, takut ia memberi kesan negatif kepada perut dalam jangka masa panjang. Lagipun, kalau nak beli di kedai, harganya lebih mahal daripada mi segera biasa.
Tak apalah. Kalau bajet anda tak mengizinkan, anda boleh saja buat “sos Samyang” anda sendiri. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan tak mahal pun.
Bila dah siap, anda bolehlah gaul dengan mi biasa atau plain noodle yang telah direbus. Mi ini boleh didapatkan di pasaraya mana-mana.

Foto: Youtube
Jom masak!
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 7 sudu besar serbuk cili
- 8 biji cili padi merah (ditumbuk hingga lumat)
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit kicap manis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak sayur (untuk menumis)
Cara Penyediaan:
- Bancuh serbuk cili dengan air di dalam sebuah mangkuk kecil supaya ia menjadi bentuk pes.
- Dalam sebuah kuali, panaskan minyak sayuran dan tumis bawang putih hingga garing.
- Masukkan pes cili dan cili padi; kemudian kacau dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap manis mengikut selera anda. Kacau.
- Masukkan serbuk pati ayam, serta garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Kalau nak tambah oomph lagi, makan dengan keju. Fuuuh! Enjoy!
Sumber: Twitter Resipi Makanan Malaysia