Eat Travel By: Ad Ops May 29, 2018 @ 5:00pm

Cari Teman Melancong Yang Ngam Dengan Peribadi Anda Berdasarkan Lambang Zodiak Mereka

Ya, melancong bersendirian memang seronok, tapi lagi syok jika anda dapat kongsikan pengalaman itu dengan seorang teman travel yang perfect untuk anda.

Hmm, tapi macam mana nak tahu seseorang itu ideal atau tak? Salah satu caranya ialah dengan menilai lambang zodiak mereka.

Maklumlah, lambang ini kan mencerminkan keperibadian manusia? Jadi dari situ kita boleh tengok sama ada seseorang itu ngam atau tidak dengan seseorang individu lain.

Jom kita tengok siapakah “pasangan-pasangan” travel yang ideal.

Aries dengan Sagittarius

Kedua-dua Aries dan Sagittarius boleh berdikari, bersifat spontan dan bersemangat. Aries juga gemar mencuba benda baru manakala Sagittarius mudah untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut.

Jika anda berlambang Aries tapi tak ada rakan Sagittarius untuk melancong bersama, orang berlambang Gemini pun sesuai. Ini adalah kerana Gemini juga suka berminat untuk melalui pelbagai jenis pengalaman dan bersikap spontan.

Foto: Instagram Juliana Evans

Taurus dengan Cancer

Orang berlambang Taurus gemarkan keselesaan rumah mereka, kemewahan serta makanan sedap, jadi orang Cancer memang sesuai dengannya kerana mereka bersikap santai. Daripada terburu-buru untuk ke mana-mana, mereka lebih gemar untuk tetapkan masa sendiri ketika melancong.

Taurus dan Libra juga boleh menjadi pasangan melancong yang ideal. Sama seperti Taurus, Libra gemar jalan slow-slow dan mengimbas kembali kenangan lama. Jadi mereka memang secocok.

Gemini dengan Aquarius

Kedua-duanya adalah lambang yang intelektual. Aquarius ada banyak idea yang tetap manakala Gemini pula mudah bergaul. Mereka berdua gemarkan aktiviti dan pembelajaran.

Gemini juga sesuai dengan Aries kerana kedua-duanya bersifat ingin tahu dan menikmati aktiviti spontan.

Cancer dengan Libra

Kedua-duanya gemar belajar tentang budaya. Cancer boleh menjadi sedikit monyok, tapi Libra yang tak suka bila ada perbalahan, boleh seimbangkannya semula.

Foto: Instagram Juliana Evans

Leo dengan Libra

Leo suka pergi ke tempat-tempat yang happening dan sama seperti Libra, mereka suka menghiburkan orang lain. Kedua-duanya juga suka enjoy perkara atau aktiviti menarik yang hidup mereka tawarkan.

Sagittarius dengan Gemini

Orang-orang berlambang ini gemar untuk mencuba semua aktiviti yang anda dan gemarkan kespontanan. Mereka juga bersifat berdikari dan suka membuat aktiviti mereka sendiri.

Virgo dengan Capricorn

Orang berlambang Virgo dan Capricorn sangat tersusun atau organised. Jadi mereka adalah pasangan ideal kerana mereka akan mengaturkan semua aktiviti mereka bersama-sama, tepati masa dan pastikan pelan mereka menjadi seperti yang dirancang. Takkan ada pergaduhan di antara mereka sebab mereka peka dengan perancangan mereka sepanjang trip itu.

Virgo dengan Gemini pun boleh melancong bersama kerana kedua-duanya adalah orang intelektual.

Foto: Instagram Fly Us To Asia

Libra dengan Libra

Dua orang berlambang Libra boleh menjadi pasangan travel yang ideal kerana mereka suka meneroka, bersifat ingin tahu, meminati seni dan budaya, dan pandai mengatur perancangan. Jika mereka travel bersama, pelancongan mereka memang dirancang dengan elok.

Scorpio dengan Pisces

Mereka berdua sukakan banyak benda yang sama. Walaupun Scorpio lebih dominan dan suka take control, Pisces yang lebih fleksibel boleh mengimbangkannya. Takkan anda konflik.

Scorpio juga boleh melancong dengan seorang lagi Scorpio. Jika mereka berdua mahukan benda yang sama, tiada apa yang mereka tak boleh capai bersama.

Foto: Instagram Fly Us To Asia

Aquarius dengan Libra

Orang berlambang Aquarius gemar belajar benda-benda baru dan berfikiran terbuka, manakala orang berlambang Libra akan lebih bersosial. Si Libra akan mengajak si Aquarius untuk bersosial juga, dan ini mungkin menyeronokkan ketika melancong.

Pisces dengan Taurus

Mereka berdua enjoy kemewahan hidup, mempunyai minat yang sama dan bersifat romantik. Mereka juga serasi dari segi perangai, dan ini penting untuk memastikan yang pelancongan mereka itu menyeronokkan.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh!

Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Restoran Air Terjun Labassin Destinasi Wajib Dikunjungi Kalau Sudah Jejakkan Kaki Di Filipina

Sambil makan sambil ditemani gemercik air, restoran air terjun Labassin menjanjikan suasana makan tengahari yang cukup tenang buat pengunjung.

Eat Travel Tue, 2 Oct 2018
Eat Travel Fri, 20 Jul 2018
Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Sun, 29 Apr 2018

Teringin Makan Churros? Ikut Resepi Mudah Ini, Gerenti Selepas Ini Boleh Makan Setiap Hari

Churros boleh dijadikan hidangan minum petang istimewa buat tetamu yang datang bertandang di rumah anda sekiranya tidak sempat membeli apa-apa untuk menjamu mereka.

Eat Travel Thu, 13 Sep 2018
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!