Eat Travel By: Ad Ops November 15, 2018 @ 12:00pm

Di Kedai Konsep BreadTalk, Anda Boleh Lihat Sendiri Bagaimana Roti-Rotinya Dibuat!

Tahukah anda? Seleksi roti yang dijual di rangkaian boutique bakery BreadTalk akan diperbaharui setiap 3 jam.

Maknanya roti-roti yang tak terjual selepas tempoh masa itu akan diganti dengan yang baru, supaya pelanggan akan dapat menikmati produk yang betul-betul fresh setiap kali.

Wah, kedai sebeginilah yang patut kita sokong! Ia tak pentingkan keuntungan semata-mata tapi prihatin terhadap produk yang disampaikan kepada orang ramai.

Kini anda boleh lihat sendiri betapa segarnya roti-roti yang ditawarkan di kedai konsep pertamanya yang baru dibuka di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Tak seperti kedai BreadTalk yang lain, kedai ini mempunyai berkonsepkan open kitchen, di mana ada dinding kaca yang membolehkan pengunjung tonton para “masterchef” beraksi ketika membuat roti-roti untuk dijual.

“Dulu-dulu manusia makan untuk hidup tapi pada zaman sekarang, dah terbalik. Mereka hidup untuk makan,” kata Pengarah Eksekutif UML Lifestyle Freddie Lee di acara pelancaran kedai konsep ini.

“Jadi mereka lebih ingin tahu tentang apa yang mereka makan; adakah ia bersih dan selamat, apa khasiatnya, apa proses yang terlibat dan apa inspirasi kreatif di sebaliknya.”

 

Produk roti untuk semua cawangan BreadTalk dihasilkan terus di kedai masing-masing dengan menggunakan ramuan yang semula jadi dan premium.

Dengan adanya BreadTalk Concept Store ini, para pelanggan boleh kekal yakin dengan melihat sendiri proses pembuatan roti yang bersih, cekap dan berkualiti.

“Dengan adanya open kitchen ini juga, pengunjung akan dapat mengikuti journey pembuatan roti dengan kami dan saksikan sendiri tahap kepakaran yang cef-cef kami banggakan.”

Hmm… macam menarik! Anda pernah tengok, kan, restoran-restoran yang ada open kitchen? Konsepnya sama tapi kali ini anda melihat para cef buat roti.

Promosi pembukaan Concept Store

Di BreadTalk, anda boleh pilih antara lebih daripada 100 jenis roti dan kek yang berharga dari RM2.

Antara produk-produk signature BreadTalk yang anda mesti try di Avenue K Concept Store adalah Flosss Bun (roti berkrim dengan lapisan chicken floss) dan Golden Lava Mini Croissant (roti croissant berintikan krim telur kuning masin).

Wooh, penulis dah pernah cuba. Beli satu memang tak cukup!

BreadTalk menawarkan promosi istimewa khas untuk meraikan pembukaan kedai konsep ini:

  • Beli 5 Percuma 1 (produk paling murah adalah yang percuma)
  • 30 orang pelanggan pertama dalam sehari yang membuat pembelian sebanyak sekurang-kurangnya RM20 akan mendapat merchandise BreadTalk percuma

Kedua-dua promosi ini akan tamat pada 23 November. Jangan lepaskan peluang ini ya!

Lagi banyak Concept Store akan dibuka

Salah satu objektif utama bagi BreadTalk Concept Store adalah untuk menawarkan roti-roti, kek dan pencuci mulut yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Menurut Freddie lagi, pihak BreadTalk memang pakar dalam memenuhi keperluan palet warga Malaysia.

“Hal ini ketara dalam seleksi produk jualan paling laris yang pelanggan kami sering datang untuk beli. Kami tingkatkannya lagi dengan menawarkan produk untuk gaya hidup yang berbeza dan pada masa yang sama pastikan semua pelanggan berpuas hati.”

Dengan itu juga, pihak BreadTalk akan membuka 3 buah Concept Store lagi pada masa akan datang, iaitu di Plaza Low Yat, IOI Mall Puchong dan klia2.

“Menyusul selepas itu adalah BreadTalk Flagship Store yang pertama di Malaysia, di mana kedai BreadTalk akan digabungkan dengan kedai kopi Toast Box,” kata Freddie.

Ia akan bertempat di Star Boulevard di sepanjang Jalan Yap Kwan Seng dan akan dibuka sebelum Jun tahun depan. Tak sabar nak check out!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020
Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Memang syok kalau dapat pergi cuci mata in person.

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Inilah Resipi Ais Krim Biskut Oreo Macam McFlurry McDonald’s

Kalau anda rasa harga di McDonald’s mahal, jom buat sendiri.

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

Eat Travel Fri, 30 Nov 2018

Inilah Sebab Anda Perlu Beli Insurans Pelancongan & Panduan Ketika Membelinya

Jangan sangka ia tak berguna langsung; nanti menyesal.