Eat Travel By: Yanie Baharom January 16, 2019 @ 12:19pm

Hedwig Books & Kafe, bawa anda merentasi dunia Harry Porter sambil makan

Merancang untuk ke Kelantan dalam masa terdekat ini?

Jika itu perancangan anda, apa kata sebaik berkunjung ke rumah sanak-saudara atau usai memborong di Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, singgah makan di kafe buku hipster, Hedwig Books & Kafe di Kubang Kerian, Kelantan.

Lokasi ini paling ideal untuk anak anda yang mungkin tidak biasa makan masakan tradisi Kelantan. 

Tambahan pula, jika anak anda penggemar siri filem Harry Potter, kafe ini pasti memberikan keseronokan dan kepuasan menikmati sajian enak sambil berhibur menggunakan kemudahan yang ada.

Konsep ala perpustakaan dalam kafe ini memang satu tarikan bagi pelanggan untuk datang menikmati selera. 

Foto: vulcanpost

Perniagaan dimiliki Nur Raiha Hanafi itu membawakan konsep sedemikian kerana anak sulungnya sendiri peminat tegar filem Harry Potter, sekali gus memberi ilham untuknya mengadaptasikan kisah itu dalam kafe terbabit.

Walaupun pemilik kafe buku hipster biasanya banyak tertumpu di bandar raya besar, Nur Raiha yakin permintaan di Kubang Kerian tetap berpotensi tinggi. 

Buktinya kafe itu sentiasa dipenuhi pelanggan, terutama dalam kalangan pelajar dan golongan muda. Kelainan yang dibawakan dan tarikan filem itu turut menjadikan Hedwig Books & Kafe tumpuan untuk berkumpul bersama-sama rakan dan keluarga.

Menunya berkonsepkan makanan kafe iaitu menu Barat seperti kek, pastri, puding, pai epal, sandwic dan spageti. Menariknya menu itu berlainan setiap hari kecuali menu yang menjadi tanda pengenalan (signature) kafe Hedwig.

Foto: vulcanpost

Menu yang paling mendapat sambutan dan menjadi tanda pengenalan di sini ialah kek coklat Hedwig, pai epal, quiche Lorraine, kentang bakar dan spageti karbonara. 

Dengan harga yang berpatutan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi, aromanya sahaja sudah cukup meyakinkan akan kelazatan rasa sajian yang dihidangkan.

Saiz hidangan yang cukup mengenyangkan dan rasa yang enak sudah cukup membuatkan pelanggan berulang ke sini. 

Harga yang dijual juga agak sederhana contohnya untuk sekeping kek coklat Hedwig ialah RM9.80, pai epal pula RM7.80 manakala quiche Lorraine RM7.80. 

Foto: vulcanpost

Selain menikmati keenakan sajian, pelanggan juga boleh menyewa buku-buku dengan kadar sewaan yang berpatutan iaitu serendah seringgit sehari.

Lebih menarik, kafe ini menyediakan peralatan seperti jubah, tongkat sakti dan skarf untuk pelanggan bergaya seolah-olah mereka juga pelajar di sekolah Hogwarts seperti Harry Potter.

Kafe itu turut menyediakan papan permainan seperti skrabel Harry Potter yang menguji kepintaran dan pengetahuan seperti dalam filem terbabit.

Permainan lain yang disediakan antaranya jenga, uno, susun kerusi dan melakukan aktiviti mewarna.

Foto: vulcanpost

Foto: vulcanpost

Foto: TheHive.Asia

Foto: vulcanpost

 

Foto: rojakdaily

Sumber: Vulcan Post

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 25 Jul 2019
Eat Travel Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Kenapa Student Kena Kerap Pergi Melancong

Dengan melancong, anda akan dapat menimba banyak pengalaman!

Eat Travel Fri, 17 May 2019

Hidangan Rusa Golek tarikan utama iftar di Temasya Movenpick KLIA. Memang terangkat!

Selain rusa golek, terdapat 120 lagi hidangan yang lazat!

Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Eat Travel Sat, 14 Dec 2019
Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Eat Travel Sat, 4 Jan 2020

10 destinasi menarik di Jogjakarta wajib dikunjungi

Kembara menakjubkan di kota bersejarah Indonesia

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Jika anda tak pasti ke mana nak pergi, tengoklah senarai ini.