Eat Travel By: Ad Ops January 25, 2019 @ 11:00am

Hidangan ayam lemon yang lemak berkrim ini pasti menambat selera anda

Tak tahulah kenapa, tapi rasa ayam dan lemon memang secocok. Sebelum ini anda mesti pernah merasai hidangan ini di restoran-restoran tempatan.

Lazimnya, kuahnya likat dan rasa lemon agak masam-masam manis. Memang sedap jika dimakan dengan nasi putih bersama-sama sayuran segar.

Namun begitu, cuba bayangkan hidangan yang sama, tetapi rasa lemonnya lebih lemak berkrim. Wah, mestilah kesedapannya berlipat ganda, bukan?

Rahsianya ialah penggunaan stok ayam dan krim berat di dalam resipi ayam lemon yang biasa. Ia akan lebih berkuah, jadi anda boleh juga hidangkannya dengan pasta untuk kenikmatan yang mengasyikkan!

Jom ikuti resipi mudah di bawah ini.

Bahan-bahan

  • 2 keping dada ayam tanpa kulit
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan tepung serbaguna (125 gram)
  • 1 ½ sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 ¼ cawan stok ayam (295 ml)
  • 1 cawan krim berat (235 ml)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 biji lemon, diperah untuk mendapatkan jus
  • 1 biji lemon, dihiris
  • daun pasli segar, untuk hiasan

Cara penyediaan

  1. Di atas sebuah papan pemotong, potong setiap keping ayam menjadi dua bahagian secara melintang.
  2. Letakkan di atas permukaan rata dan lumurkan setiap bahagian dengan sedikit garam dan lada hitam.
  3. Salutkan kepingan ayam itu dengan tepung. Goncangkan sedikit supaya lebihan tepung tidak melekat.
  4. Panaskan sebuah kuali leper di atas api sederhana tinggi, dan masukkan mentega dan minyak. Kacau hingga melitupi permukaan dalam kuali itu.
  5. Letakkan kepingan ayam ke dalam kuali leper dan goreng tohor selama 3 hingga 5 minit, atau hingga keperangan.
  6. Terbalikkan ayam dan masakkan bahagian satu lagi, selama 3 hingga 5 minit, atau hingga ayam sudah cukup masak.
  7. Alihkan ayam dari kuali leper dan letak di tepi.
  8. Tuangkan ¼ cawan stok ayam ke dalam kuali dan kikiskan sisa-sisa gorengan ayam tadi yang mungkin telah melekat pada permukaan kuali.
  9. Tambahkan stok ayam yang selebihnya serta krim berat, dan kacau.
  10. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam mengikut cita rasa anda, dan tambahkan jus lemon.
  11. Biarkan mereneh selama 5 minit. Masukkan ayam goreng semula ke dalam kuali leper dan letakkan sekeping hirisan lemon di atas setiap keping ayam.
  12. Dengan menggunakan senduk atau sudu, cedokkan sos dan curahkan ke atas ayam supaya kiah itu menyaluti ayam tadi
  13. Alihkan kuali daripada api. Sos akan menjadi likat apabila ia semakin sejuk.
  14. Hidang dengan daun pasli dan lebihan sos.

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 3 Sep 2018

Gebu & Murah, Donat Warna-Warni Ini Memang Wajib Anda Cuba

Istimewanya donat yang dijual adalah 100% homemade!

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Eat Travel Sun, 5 Apr 2020
Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Anda perasan tak banyak kedai fast food mempunyai logo berwarna ini?

Eat Travel Thu, 2 Aug 2018

Villa ‘Sarang Burung’, Lokasi Paling Romantis Buat Pasangan Yang Gemarkan Privasi

Bird’s Nest Pool Villa antara salah satu villa yang popular dan paling tinggi di Keemala, Phuket.

Eat Travel Thu, 10 May 2018

5 Lokasi Paling Awesome Yang Patut Anda Kunjungi. Jimat Sebab Dalam Malaysia Saja!

Masih tak tahu lokasi yang best untuk bercuti? Jom pergi 5 lokasi ini!

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Kalau nak pedas, tambah lagi cili padi. Baru syok makan!

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020