Eat Travel By: tex_admin June 12, 2018 @ 5:00pm

Hidangan Ayam Masak Merah Menu Wajib Pagi Raya

Siapa suka makan ayam masak merah? Kita geng! Bagi penulis, tak lengkap rasanya kalau tak ada menu ayam masak merah di pagi raya. Makan bersama ketupat dan kuah lodeh memang menjilat jari punyalah!

Lagi dua hari sahaja lagi nak raya, mungkin anda boleh jadikan menu ayam masak merah ini sebagai menu hari raya anda nanti. Percayalah, rasanya memang lazat kalau anda ikut resepi yang akan penulis kongsikan ini. Jom kita belajar cara nak masak ayam masak merah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1/2 ekor ayam dipotong kasar

2 biji bawang besar dibelah empat

4 ulas bawang putih 

1 inci lengkuas

1 batang serai dibe;ah dua

1/2 cawan santan

1/2 cawan tomato puri

1/2 cawan pes cili

2 sudu besar minyak masak

1 sudu besar minyak sapi

Gula

Garam

Cara-caranya pula:

1. Kisar hancur bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serai bersama sedikit air.

2. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis bahan-bahan kisar bersama pes cili. Kacau rata dan taburkan gula dan garam secukup rasa.

3. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam. Diikuti dengan tomato puri.

4. Kacau rata dan biar hingga kuahnya pecah minyak dan mendidih.

5. Curahkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga kuahnya kering.

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: iCookAsia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 14 Jan 2019

Surprise your kids or friends with these cute Emoji Fries

Unleash your creativity for this yummy snack!

Eat Travel Sun, 17 Mar 2019
Eat Travel Thu, 3 May 2018

Ini Rupanya Cara Nak Buat Donat Yang Lembut Dan Gebu. Memang Mudah Sangat!

Teringin nak makan donat yang lembut dan sedap? Cubalah resepi ini.

Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

Eat Travel Tue, 12 Mar 2019

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Pengguna wajib membaca label, ini sebabnya.

Eat Travel Thu, 14 May 2020
Eat Travel Sun, 4 Aug 2019

| Live TV