Eat Travel By: Yanie Baharom May 9, 2018 @ 12:00pm

Hidangan Burger Warna-Warni Terasa Bagaikan Dalam Babak Alice In Wonderland

Terasa seperti berada dalam babak filem Alice In Wonderland, saat melihat hidangan burger berwarna-warni cukup menyelerakan! Rasa tak sampai hati menjamahnya pun iya juga kerana burger di sini too cute!

Yang pasti perut terus lapar dibuatnya melihat seleksi hidangan menu yang terdapat di Cabin Steak House (CSH) yang diusahakan oleh Encik Mohd Quzaireel Ismail atau mesra dengan panggilan Que.

Restoran ini pernah tular apabila mencipta hidangan Burger Negaraku yang dipromosikan sepanjang bulan kemerdekaan Ogos dan dilanjutkan kepada September saja.

Foto : Vkeong

Sekaligus cara Que menyatakan kebanggaannya dilahirkan sebagai anak Malaysia. Dalam masa yang sama ingin menyampaikan mesej betapa pentingnya dalam menerapkan semangat kemerdekaan di kalangan generasi baru meski terdapat pelbagai cara untuk kita luahkan kecintaan pada negara.

Ternyata untuk membentuk roti burger dalam 4 warna supaya tidak bercampur semasa diuli bukan mudah. Ia memerlukan teknik yang betul.

Foto : Twitter

Tidak hanya Burger Negaraku, di CSH turut menawarkan variasi hidangan burger yang mempunyai range harga berbeza termasuk kelainan dari segi penyediaan serta cara menghidangkannya kepada pelanggan.

Daging dan roti yang digunakan mungkin sama dengan penjual burger lain, namun bahan extra seperti sayur dan perasa yang digunakan meningkatkan lagi rasa burger yang dihasilkan di CSH.

Foto : Twitter

Selain burger, pelbagai lagi jenis makanan barat terdapat di sini, begitu juga masakan tempatan ala carte yang tidak kurang juga hebat kelazatannya.

Bagi mereka yang tidak sah kalau tak makan nasi, bolehlah memilih menu nasi goreng atau nasi ayam di CSH pada waktu lunch atau dinner. Ada macam-macam jenis nasi ayam antaranya Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Black Pepper, Nasi Ayam Madu dan Nasi Ayam Sambal Berlada.

Foto : illyaleya

Bagi yang berdiet tu mereka boleh buat pesanan untuk side dish atau menu ala-carte seperti Chicken Ceasar.

Resmi ketika bersantap, tidak lengkap makanan yang dihidang tanpa minuman, justeru tiga jenis air yang disarankan kepada anda untuk mencuba adalah Laicikang gelas besar termasuk Ice Blended Sneakers dan Ice Blended Oreo yang sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak!

Foto : VKeong

CABIN STEAK HOUSE, Lot 426,
No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Eat Travel Mon, 3 Dec 2018
Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Eat Travel Thu, 11 Oct 2018

Buat Sos Pedas Ala Samyang Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Makan dengan plain noodles yang dijual di pasaraya. Murah!

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Eat Travel Mon, 11 Mar 2019
Eat Travel Wed, 8 Jan 2020

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Sajiannya sesuai sangat dengan cita rasa orang Melayu!

Eat Travel Wed, 29 Aug 2018

Nasi Lemak Lobster Cuma RM25? Wow Murahnya!

Nasi Lemak Tepi Jalan mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun.

Eat Travel Fri, 22 May 2020

Lemang hipster, enaknya tak terkata

Sekali makan, terus melekat mahu lagi