Eat Travel By: Yanie Baharom May 17, 2019 @ 2:23pm

Hidangan Rusa Golek tarikan utama iftar di Temasya Movenpick KLIA. Memang terangkat!

Daging rusa sememangnya memiliki rasa dan keenakannya yang tersendiri. Selain lebih sedap berbanding daging lembu atau kambing, daging rusa juga tinggi protein dan rendah kolesterol menjadikan ia satu hidangan yang berkhasiat.

Antara hidangan daging rusa yang popular termasuklah daging rusa masak kari, daging rusa masak lemak cili api dan daging rusa masak lada hitam.

Oleh kerana keenakannya juga, daging rusa mendapat permintaan yang tinggi. Cuma bekalan daging rusa tidak semudah memperoleh stok daging lembu atau kambing.

Justeru bagi penggemar daging rusa, Hotel Movenpick KLIA adalah destinasi ideal untuk anda menikmati rusa golek sambil beriftar bersama keluarga di restoran Temasya @ Movenpick. Ia bukan saja menjanjikan suasana chill, bahkan anda pasti tergoda dengan segala macam lauk pauk berkonsepkan ‘Warisan Kampung’ yang disediakan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramadhan is just upon us. Mӧvenpick Hotel & Convention Centre KLIA offers a lavish spread in the Iftar Warisan Kampung buffet, touting more than 120 dishes to delight. You’ll be missing out on a great deal if you don’t try our roasted whole venison and roasted lamb marinates with local herbs and spices, grilled to perfection.  Eight different rotating menus that promise a rich and colourful assortment of flavours will keep you coming back for more. The Ramadhan buffet is available from 8 May to 2 June 2019, priced at RM125 nett (adult) and RM63 nett (senior citizen & children). For more information please call +603-8661 8661 ext. 8728.  #movenpickklia #movenpickflavours #iftar #ramadhan #warisankampung #ramadhanbuffet #roastedvenison

A post shared by Mövenpick Hotel KLIA (@movenpickhotelklia) on

Kali pertama memperkenalkan bufet Ramadan, kerinduan pada kampung halaman pasti terubat dengan lebih 120 masakan tempatan yang disajikan di restoran ini.

Bayangkan hidangan pembuka selera saja sudah membuatkan penulis terliur! Masakan boleh mengatakan tidak kepada kerabu mangga, kerabu taugeh dengan kerang, kerabu makanan laut, kerabu pucuk paku dengan udang, kerabu daging ala Thai, kerabu ayam, kerabu perut, kerabu nangka, tauhu sumbat, acar mentah, acar buah, gado-gado dan rojak buah-buahan.

Itu belum lagi menyingkap hidangan utama, nasi putih, nasi bukhari, bubur lambuk ayam, asam pedas ikan tenggiri, rusuk kambing masak kurma, ketam bercili Geylang Serai, rendang tok daging sapi, udang masak lemak cili padi dan belimbing buluh, ayam bakar bumbu rojak, ikan goreng berlada, sambal sotong sumbat, pelbagai sayuran bersama cendawan dan dalca tetel sapi.

 

 

 

Tunggu dulu, ada lagi..di bahagian ‘Show Kitchen Counter’ terdapat variasi masakan Barat dan Timur Tengah seperti aneka pasta, margherita pizza, shawarma, aneka cucur dan Roti John.

Manakala Mamak Counter pula, menghidangkan menu kegemaran rakyat Malaysia, iaitu roti canai, murtabak, roti telur
dal sayur-sayuran, sambal ikan bilis, sambal sardin, kari ayam dan tandoori, ayam tandoori, berserta Pasembor Padang Kota.

Sementara Noodle & Yong Tau Foo Counter, menyediakan variasi hidangan mi seperti mi kari George Town, bihun sup Utara, aneka pilihan Yong Tau Foo, mi goreng mamak dan Penang char kway teow.

Itu cuma sebahagian sahaja menu yang disebutkan. Jika ingin mengetahui sajian pencuci mulut dan hidangan lazat lain yang turut disediakan, segeralah berkunjung ke Hotel Movenpick KLIA dan menikmati hidangan bufet di Temasya@Movenpick.

Harga bagi pelanggan dewasa cuma RM125 manakala RM63 (kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun). Sementara itu, si kecil berusia enam tahun ke bawah adalah percuma. Sebarang pertanyaan lanjut boleh layari laman web Movenpick KLIA atau hubungi 03-86618661 (sambungan 8728).

 

Foto: NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 1 May 2018

30 Foto Jalan Atau Lorong Menarik Di 30 Buah Negara, No. 26 Paling Cantik!

Jom “travel” dan lihat bagaimana rupanya jalan atau lorong di 30 buah negara yang berbeza. 

Eat Travel Sat, 21 Jul 2018

4 Lokasi Paling Awesome Untuk ‘Short Getaway’ Yang Wajib Anda Pergi

Tak perlu pergi bercuti jauh-jauh, dalam Malaysia saja ada banyak lokasi yang best-best!

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

Succi Sushi, Lokasi Makan Sushi Yang Bukan Saja Sedap Tetapi Dijamin Halal!

Dengan melihat foto saja sudah membuatkan kita terliur!

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Eat Travel Fri, 18 Oct 2019

Roti bakar keju tingkatkan keghairahan nafsu, betul ke?

6 makanan yang mampu meningkatkan tenaga batin

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Fri, 25 May 2018

Buka Puasa Dengan Crème Caramel Yang Lembut Dan Lazat Ini, Senang Saja Nak Buat!

Dahlah lembut bagai sutera, rasa pun tak manis sangat. Oooh, sedap!

Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Eat Travel Thu, 15 Nov 2018

Di Kedai Konsep BreadTalk, Anda Boleh Lihat Sendiri Bagaimana Roti-Rotinya Dibuat!

Concept store pertama bagi BreadTalk ini terletak di Avenue K, Kuala Lumpur.

Eat Travel Tue, 11 Jun 2019

Peminat durian, IKEA kini tawarkan rangkaian pemanis mulut bertemakan buah ini!

Macam-macam ada dan semuanya tampak menarik, jadi jom cuba!