Alangkah indah sebelum melelapkan mata, berkasih-sayang, bergurau senda dan berbicara kisah hati ke hati bersama pasangan di atas kamar yang empuk sambil ditemani cahaya bulan dan bintang yang menyinari panorama indah malam.
Bisakah semua itu dinikmati? Jawapannya boleh sekiranya anda menyenaraikan salah satu daripada empat penginapan ini dalam kalender percutian anda.
Pengalaman bermalam di dalam hotel bubble, selain menawarkan pengalaman luar biasa ia juga membawa kita ke zaman kanak-kanak yang selalu akan teruja apabila melihat babak terperangkap dalam bubble sebagaimana dalam filem atau siri animasi.
1. Bubble Hotel Bali
Seminyak merupakan daerah padat dengan pelancong, berdekatan pantai juga kafe unik. Namun, ada satu tempat tersembunyi yang boleh kamu nikmati pemandangan indah Pantai Uluwatu iaitu Bubble Hotel.
Lokasi tersembunyi dan sangat privasi, area ini sangat aman dan tak jauh dari kota termasuk pusat hiburan. Memang seronok tidur sambil bersaksikan alam!
2. The 5 Million Star Hotel
Keindahan Iceland sememangnya luar biasa. Banyak filem yang memilih negara ini sebagai lokasi penggambaran, seperti Secret Life of Walter Mitty atau siri Game of Thrones.
Jika menjejakkan kaki ke sana boleh cuba bermalam di kamar gelembung Aurora Borealis di mana harganya setara dengan hotel 5 bintang. Meski transparent atau lutsinar, privasi anda tetap terjaga kerana jauh daripada unit-unit yang lainnya.
3. Campera Hotel Burbuja
Apa yang menariknya mengenai hotel terletak di Ensenada Mexico, bilik bubble anda menghadap kebun anggur. Kalau musim buahnya lebat memang seronoklah bahkan boleh dibeli dengan harga yang murah dari pemilik ladang. Fresh dari ladang you!
Bukan itu saja, waktu malam anda jaraknya seperti dekat dengan angkasa apabila dapat melihat ribuan bintang-bintang menghiasi cakerawala.
4. Attrap Reves, Perancis
Sebagai salah satu negara paling romantis di dunia, Perancis tak ketinggalan menawarkan sensasi berbulan madu di tengah hutan yang sangat privasi.
Hotel ini menyediakan beberapa kamar di tengah hutan dengan demografik yang menawan, jauh dari hiruk pikuk kota. Pada musim sajli, pemandangan di luar kamar sangat mengagumkan.
Sumber: Travelingyuk