Eat Travel By: Yanie Baharom November 11, 2019 @ 1:51pm

Ingin perut kempis tanpa bersenam? Ini petuanya!

Disangka berbadan dua kerana perut buncit, memang boleh membuatkan seseorang kemurungan. Apatah lagi mereka itu dikategorikan sebagai bertubuh kurus atau wanita yang belum pernah berkahwin.

Hakikatnya, masalah perut buncit dalam kalangan mereka yang bertubuh kurus ini bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak semestinya yang berbadan gempal sahaja mengalaminya.

Selain senaman ada atau tidak alternatif lain untuk mengatasinya kerana sebilangan besar rakyat Malaysia mungkin tidak menjadikan rutin itu sebagai satu gaya hidup.  Tiada kaedah lain, selain menjaga pemakanan.

Di sini, Hijab & Heels ingin berkongsi cara berkesan untuk mengempiskan perut dalam masa dua minggu. Tidak sabar mengetahui bagaimana caranya? Teruskan membaca!

1. Air jamu buat sendiri

 

Kebanyakan wanita Asia pada zaman dahulu sehinggalah sekarang, percaya pengambilan jamu sedari usia muda dapat mengekalkan keremajaan wajah dan mengekalkan tubuh yang langsing.

Satu daripadanya air detoks buatan sendiri yang dapat membantu menyingkirkan toksin dan lemak dalam badan.  Amalan minum air detoks ini membuatkan badan terasa ringan, mudah lawas, berat badan berkurangan sekali gus mengempiskan perut.

Resipi yang ingin dikongsi ini antara paling mudah disediakan dan hanya menggunakan bahan-bahan masakan yang terdapat di rumah sahaja.

Bahan-bahan:

1 batang serai
3 keping asam gelugur
1 biji lemon
1 inci halia
2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli

Bersihkan semua bahan. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk besar. Masukkan air, jangan terlalu penuh. Tinggalkan lebih kurang seinci supaya tidak melimpah apabila mendidih. Masak sehingga mendidih.

Minum satu gelas setiap pagi dan petang. Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Keluar dan panaskan setiap kali hendak minum.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Kempis Perut Tapi Teknik Senaman Melecehkan? Ikuti Teknik Mudah Ini

2. Berbengkung

kaedah ini anatara cara memperoleh tubuh badan yang langsing dan diamalkan sejak sekian lama. Bukan orang Melayu sahaja mengamalkan berbengkung, malah wanita di Barat juga kini semakin ramai yang melakukannya tetapi kebanyakannya menggunakan bengkung moden iaitu korset.

Bengkung bukan sahaja menyokong otot perut, malah bila memakai bengkung, secara automatik seseorang itu akan makan dengan jumlah yang sedikit kerana jika makan banyak atau secara berlebihan, boleh membuatkan perut berasa sendat serta sukar bernafas.

3. Kapur makan  dan limau nipis

Kapur makan dan limau nipis adalah dua bahan yang mudah didapati selain harganya murah. Apa yang perlu anda lakukan cuma disiplin untuk memastikan dua bahan ini disapu pada bahagian perut dua kali sehari.

Mudah sahaja caranya. Campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan daripada sebiji limau nipis dan kacau sampai sebati. Sapukan ke perut sebelum tidur dan biarkan semalaman. Jika ingin lebih berkesan, selepas sapu, pakai bengkung. Keputusannya dapat dirasai sepantas kilat!

4. Plastik pembalut makanan

Foto: Groupon

Plastik serbaguna ini bukan sahaja mempunyai kehebatan membungkus aneka makanan tetapi juga berupaya membaluti perut anda yang buncit.

Bagaimana caranya? Tidak susah, percayalah! Bungkus perut anda dengan plastik berkenaan. Balut perut dengan kemas, sekurang-kurangnya lima lapisan.

Selepas lima minit perut anda akan mula berpeluh. Lagi banyak berpeluh bererti pembakaran lemak berlaku dengan begitu aktif sekali.

Seeloknya makanlah jamu dahulu atau sapukan krim pembakar lemak sebelum membungkus perut anda untuk pembakaran kalori dwiganda.

ARTIKEL BERKAITANImpi Perut Kempis? Elakkan Minuman Jenis Ini

5. Air lemon atau air limau nipis

 

Penulis sendiri mengamalkan petua ini. Memang amat membantu menyahtoksik lemak yang terdapat dalam badan terutamanya mereka yang mengalami sembelit.

Gejala buncit terjadi ekoran lemak yang berkumpul pada bahagian pinggang disebabkan kegagalan hati untuk berfungsi secara optimum untuk menyahtoksik.

Pengambilan air lemon atau limau nipis akan meningkatkan enzim yang membantu detoks hati. Detoks hati membantu hati untuk berfungsi secara optimum.

6. Teh halia

Foto: Zee News

Bancuh teh hijau panas, ketuk setengah inci halia dan masukkan ke dalam air teh hijau tadi. Gabungan teh hijau dan halia sememangnya sangat berkesan untuk membuang lemak-lemak yang berkumpul dalam badan terutamanya pada bahagian perut.

Jika tiada teh hijau di dapur anda, teh biasa pun boleh digunakan. Cumanya, teh hijau lebih berkesan berbanding teh biasa.

7. Elakkan makan bersulam air

 

Elakkan makan salam bersulam dengan minuman kerana amalan itu tidak baik untuk badan. Ibaratnya seseorang itu masak nasi, jika air kurang, nasi menjadi mentah dan jika terlebih air pula nasi kembang seperti bubur.

Pastikan makanan dihabiskan dahulu, rehat 15 hingga 30 minit sebelum minum air. Ini petua orang-orang lama yang sering diamalkan.

Apapun, baca sahaja tidak guna. Amalkan dahulu, baru tahu. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

Sate Hipster Warna-Warni Ini Popular Di Terengganu. Anda Wajib Cuba!

Sate hipster ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih menggunakan resipi turun-temurun.

Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Eat Travel Sun, 29 Apr 2018

Teringin Nak Makan Cakoi Yang Lembut? Ini Resepi Power Untuk Anda

Petang-petang hari kalau dapat makan cakoi sedap kan? Jom cuba resepi ini!

Eat Travel Fri, 20 Jul 2018

Wah! Sekarang Dah Ada Jual Pizza Cempedak & Durian! Memang Wajib Cuba

Rasa pizza cempedak dan pizza durian ini memang unik! Hanya di Penang saja.

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

6 Lokasi Untuk Aktiviti Hiking Di Malaysia Yang Berikan Pemandangan Wow Kepada Pendaki

Dah penat-penat mendaki, lagi syok kalau dapat cuci mata dan hirup udara segar.

Eat Travel Wed, 25 Apr 2018

Sekali Cuba Hendak Lagi, Fradoo ABC Special Madness Bikin Pelanggan Ketagih!

Halakan perjalanan anda ke Fradoo ABC Special Madness yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan ABC yang cukup lazat.

Eat Travel Sat, 1 Jun 2019
Eat Travel Mon, 3 Jun 2019

3 cara mudah elak hidang biskut raya lemau

Enaknya menggigit biskut yang rangup!

Eat Travel Sat, 14 Jul 2018
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!