Eat Travel By: Ad Ops January 8, 2020 @ 7:14pm

Ingin rasa masakan Hong Kong yang asli dan halal? Jom ke restoran ini!

Apabila melancong ke luar negara, kita bukan sahaja ingin melihat keindahan alam sekitar atau keunikan destinasi berkenaan, tetapi juga pasti ingin mencuba sajian tempatan. 

Malangnya, bagi pelancong Muslim, cabaran akan timbul jika pilihan halal sukar didapati. Menyedari masalah berkenaan, Valerie Choo membuka restoran masakan Hong Kong di Kuala Lumpur, nekad untuk bukan sahaja menggunakan daging halal, malah ramuan buatan sendiri.

“Di Malaysia memang ada banyak restoran masakan Hong Kong tetapi susah nak jumpa yang halal,” katanya ketika ditemu bual oleh Hijab & Heels.

“Jadi saya berhajat untuk kongsikan keenakan hidangan Hong Kong yang asli dengan semua pelanggan di negara ini, tanpa mengira agama.”

Restoran milik Valerie, EATZ @ Hong Kong, terletak di The Gardens Mall. Menunya menawarkan sajian Hong Kong yang turut dijanjikan ‘authentic.’

Bagi memastikan keaslian masakannya, Valerie melantik seorang cef dari Hong Kong untuk menyediakan resipi dan mengajar staf dapur restoran (yang turut melibatkan seorang cef Melayu dari Malaysia) mengenai cara penyediaan masakannya.

Menurut Valerie, mereka berlatih memasak selama sebulan dan membuat pengubahsuaian terhadap mana-mana elemen agar hasilnya serasi dan boleh diterima oleh lebih ramai pelanggan tempatan.

Jadi, jika anda inginkan masakan asli Hong Kong yang halal, tidak perlu pergi jauh-jauh. Di Malaysia pun ada. Jom tinjau bagaimana rupa restoran EATZ @ Hong Kong ini. 

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izham

Menurut Valerie lagi, dekorasi restoran ini diinspirasikan oleh suasana restoran di Hong Kong sendiri.

Jadi apabila pengunjung sedang menikmati hidangan yang disediakan, mereka akan rasa seolah-olah mereka betul-betul berada di Hong Kong kerana hiasan dalaman restoran ini mirip dekorasi restoran di sana.

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Terdapat juga sebuah lukisan mural pada sebelah dindingnya. Ia menggambarkan suasana ikonik di bandar Hong Kong yang menggabungkan senibina tradisional dan teknologi moden.

“Kami harapkan agar sajian kami, selari dengan pengalaman pengunjung menjamu selera di sini, dapat menceritakan kisah mengenai bagaimana Hong Kong berubah daripada sebuah pekan yang dijajah kepada bandaraya yang pesat,” kata Valerie.

Sumber: Aleff: Art

Sememangnya cantik!

Bagi anda yang pernah menjejakkan kaki ke Hong Kong, pastinya anda pernah terlihat keretapi tram, bas double-decker, senibina kolonial dan Menara Bank Of China yang memang sinonim dengan negara ini.

Jom makan!

Jangan terpesona sangat dengan lukisan mural ini kerana tarikan terbesar yang menanti pengunjung ialah sajiannya yang pasti menggamit selera.

Restoran ini menawarkan masakan utama, minuman daripada kafe serta pencuci mulut daripada bakerinya. Macam-macam ada!

Budaya kehidupan di Hong Kong yang menggabungkan unsur-unsur kolonial dan tempatan, turut diterjemahkan menerusi seleksi menunya. Apa yang pasti, setiap item yang ditawarkan memang popular di Hong Kong.

Sajian yang penulis paling gemar ialah Mala Spicy Fishball in Dry Noodle, iaitu mi kering yang pedas dan dihidang bersama bebola ikan. 

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Jangan salah anggap. Ia mungkin kelihatan seperti mi segera goreng biasa, namun sebenarnya bukan. Kepedasannya datang daripada sos Mala yang diperbuat daripada lada Sichuan, cili dan beberapa rempah lain.

Power! Memang ada umphh! Sesuai sangat dengan lidah orang Melayu.

Nota: Jika anda tidak tahan pedas, anda boleh minta cef untuk kurangkan kepedasannya. Jika anda inginkan kepedasan yang lebih, tambahkan sahaja sos Mala yang ada disediakan di setiap meja pelanggan.

Juga menarik adalah Hong Kong Cha Cheong Dry Noodle dengan Minced Chicken, iaitu mi kering yang digaul dengan ayam cincang bersos manis dan sedikit pedas. Mengenyangkan!

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Sajian di bawah ini pula dinamakan Satay Beef Rice. Nama saja sate tetapi rasa kuahnya sama macam gulai kari. Entahlah mengapa orang Hong Kong memanggil hidangan ini sebegitu.

Daging dalam gulai ini lembut dan jumlah lauknya memang cukup untuk sekali makan.

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Ramai orang memang gemar hidangan keju bakar!

EATZ @ Hong Kong menawarkan sajian Cheese Baked Chicken Cutlet Spaghetti (White Sauce), yang mana spageti dengan sos putih dibakar dengan keju dan kemudiannya dihidang dengan kepingan ayam goreng.

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izham

Rasa kejunya penuh nikmat, tetapi penulis berpendapat sos putihnya sedikit tawar. Tetapi jika anda mahu, anda boleh ubah suai elemen dalam hidangan ini.

Spageti itu boleh digantikan dengan nasi goreng dan sos putih pula boleh digantikan dengan kuah tomato, manakala ayam goreng itu boleh digantikan dengan sosej ayam ataupun makanan laut. Minta sahaja dengan pelayan. 

Selain itu, warga Hong Kong juga meminati hidangan steak. Yang ditawarkan di EATZ @ Hong Kong ialah Australian Beef Striploin. Dagingnya lembut, sos lada hitamnya pun lazat. 

Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izham

Aduh, semua pun sedap-sedap. Ada banyak lagi item menu yang ditawarkan. Nampaknya penulis perlu berkunjung lagi ke premis ini! 

Teruskan makan!

Bagi anda yang inginkan sajian ringan, jangan risau. EATZ @ Hong Kong turut menawarkan pencuci mulut atau snek yang popular di Hong Kong.

Selain hidangan utama, pencuci mulut turut dijual di EATZ @ Hong Kong. Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Antara yang ikonik di sana adalah Tat Telur yang lembut dan tidak begitu manis, serta Polo Bun with Truffle Scrambled Egg. Memang enak.

Penulis paling suka Ms Souffle, sejenis kek halus dan lembut yang berasaskan telur. Anda perlu menik matinya ketika ia masih panas, kerana apabila ia semakin sejuk, teksturnya akan menjadi  kendur. Tidak enaklah menikmatinya dalam keadaan begitu.

Pilihan lain yang menarik ialah kuih Mochi kacang yang disirami dengan sirap gula merah. Juga ditawarkan ialah jeli Osmanthus serta Peek-A-Boo, iaitu gabungan kek coklat lava, ais krim dan pisang karamel. 

Apabila haus…

Lengkapi makanan anda dengan seleksi minuman yang menarik di EATZ @ Hong Kong. Jika berkunjung ke sini hanya untuk minum-minum sahaja pun boleh.

Antara item dalam menu yang penulis cuba adalah Hong Kong Coffee on Ice Bed, Expressive Latte, Rose Flower TeaHong Kong Milk Tea with Red Bean dan Silky Strawberry Smoothie.

Jika tiada perancangan untuk makan berat, minum-minum pun boleh. Sumber: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izham

Penulis paling kagum dengan Hong Kong Milk Tea On Ice Bed. Ia seperti minuman teh susu ais biasa, tetapi ais tidak diletakkan di dalam minuman berkenaan. Sebaliknya, ia sumber kesejukannya datang dari luar, supaya kepekatan dan kesedapan air teh susu tadi langsung tidak terjejas. Bijak!

Jadi macam mana? Anda boleh lihat bagaimana pihak EATZ @ Hong Kong mengutamakan ketulenan sajiannya malah kualitinya juga. 

Adakah anda terliur melihat gambar-gambar yang penulis kongsikan di atas? Jika berminat, jangan bertangguh lagi. Jom ke restoran ini dengan segera!

EATZ @ Hong Kong

Alamat: LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Waktu buka: Isnin-Jumaat: 8 pagi – 10 malam | Sabtu & Ahad: 10 pagi – 10 malam

Telefon: 03-2201 0886

Artikel berkaitan: Resipi Tat Telur ala Hong Kong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 29 Nov 2018
Eat Travel Tue, 27 Nov 2018

5 Cara Efektif Untuk Betulkan Telinga Yang Tersumbat Ketika Di Dalam Kapal Terbang

Bukan saja tak selesa dibuatnya, rasa sakit pun ada!

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018
Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Bubur Pulut Hitam Ini Rasanya Lemak Manis, Sedap Sangat!

Senang je nak buat bubur pulut hitam ini!

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!