Eat Travel By: Ad Ops June 8, 2019 @ 8:00am

Ini sebab kenapa anda perlu tonton program realiti Raja Sawit di TV3. Nombor 2 memang terbaik!

Stesen televisyen popular negara, TV3 kini muncul dengan satu program realiti televisyen terbaharu iaitu Raja Sawit.

Program Raja Sawit yang bersiaran pada setiap Sabtu, jam 6 petang bermula 8 Jun 2019 itu  mengetengahkan minyak sawit sebagai asas masakan dalam pertandingan yang diterbitkan oleh P & U Victory Sdn Bhd dan diarahkan oleh Chew Han Tah.

program realiti masakan

Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI

Inisiatif tersebut diambil sebagai tanda sokongan pihak stesen kepada kempen kerajaan – Sayangi Sawitku yang bertujuan menggalakkan penggunaan minyak sawit secara meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Raja Sawit menampilkan Minyak Cap Buruh sebagai penaja utama; A1 Bihun Beras dan Kawan Food sebagai penaja bersama dan dijayakan dengan kerjasama Kementerian Industri Utama Malaysia, Malaysian Palm Oil Council (MPOC), Tefal, Air Asia dan FGV Holdings Berhad.

Jom semak kenapa anda perlu menonton program Raja Sawit di TV3:

1. Pertandingan masakan program realiti TV pertama yang menampilkan pelajar-pelajar kulinari terbaik di Malaysia

program realiti masakan

Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI

Sebanyak 16 pelajar iaitu dua pelajar kulinari terbaik daripada lapan kolej kulinari terkemuka di Malaysia dijemput secara eksklusif untuk menyertai program ini. Institut yang terlibat ialah SEGI University Kota Damansara, UNITAR International University, UCSI University, BERJAYA University College, UITM Puncak Alam, YTL International College of Hotel Management, HELP College of Art and Technology dan INTI International College Subang.

Menariknya, kesemua peserta akan bersaing antara satu sama lain dengan menggunakan minyak sawit sebagai asas masakan mereka.

2. Gabungan hebat dua ikon cef selebriti terkemuka di peringkat global

program realiti masakan

Foto: TV3

Sejajar dengan matlamat program untuk mengetengah dan mempersiapkan cef terbaik untuk generasi akan datang, dua ikon cef terkemuka dunia iaitu Datuk Redzuawan Ismail (lebih dikenali sebagai Datuk Chef Wan) dan Chef Martin Yan bergabung tenaga sebagai mentor dan hos program ini.

3. Perkongsian ilmu daripada dua ikon dunia masakan

16 peserta amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada dua mentor program iaitu Datuk Chef Wan dan Chef Martin Yan.

Disegani sebagai ikon masakan Malaysia, Datuk Chef Wan merupakan satu-satunya cef selebriti Malaysia yang aktif sebagai hos program TV, usahawan, pengkritik makanan, penulis buku resipi, penerima ‘ratusan’ anugerah serta duta pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

program realiti masakan

Foto: TV3

Chef Martin Yan pula satu nama besar yang pernah menjadi hos lebih daripada 3,000 program masakan di seluruh dunia, termasuk ‘Yan Can Cook.’ Beliau juga seorang Master Chef yang diiktiraf, perunding makanan, pengajar masakan dan penulis yang terkenal.

4. Konsep pertandingan yang menarik

Sepanjang enam episod bersiaran, kesemua peserta akan menaiki bas ‘Raja Sawit’ ke pelbagai lokasi untuk merasai pengalaman memasak menggunakan sayuran dan ikan segar melalui konsep ‘ladang ke meja.’ Antara cabaran yang perlu dilakukan peserta ialah memasak menu hidangan bergoreng, resipi warisan asli, hidangan bihun, memasak ikan termahal dunia iaitu ikan Empurau dan rendang.

5. Hadiah lumayan

Pasukan terbaik bakal memenangi gelaran Raja Sawit, setiap ahli akan menerima trofi dan sijil pengiktirafan yang ditandatangani oleh Datuk Chef Wan, Chef Martin Yan dan juga Menteri Industri Utama, Teresa Kok; sehelai  apron eksklusif Raja Sawit; penginapan 3 hari 2 malam di The Banjaran Hotsprings Retreat bernilai RM10,000 seorang; latihan praktikal di restoran Datuk Chef Wan, ‘De. Wan 1958’ dan pisau yang ditandatangani oleh Chef Martin Yan sendiri!

program realiti masakan

Foto: TV3

Jangan ketinggalan untuk saksikan Raja Sawit setiap hari Sabtu, jam 6 petang di TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 6 Jan 2020

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Peminat kuih tradisional wajib cuba!

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

Eat Travel Tue, 18 Dec 2018
Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Eat Travel Wed, 9 Jan 2019
Eat Travel Mon, 31 Dec 2018
Eat Travel Tue, 5 Feb 2019

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Mari bergembira di taman tema ini bersama keluarga atau rakan.

Eat Travel Tue, 8 May 2018

Nak Travel Tapi Takut Turbulence Ketika Menaiki Kapal Terbang? Ikuti Tip Ini Untuk Mengatasinya

Nak melancong ke luar negara akan rasa tak syok kalau anda ada fobia naik kapal terbang.