Eat Travel By: Ad Ops February 13, 2020 @ 3:14pm

Jatuh cinta dengan setiap gigitan, Pizza Heart memukau hati dan selera!

Percutian romantis, candle light dinner di hotel dan restoran mewah, pemberian coklat serta jambangan bunga kepada yang tersayang sebagai tanda cinta dan kasih sayang adalah satu perkara klise dilakukan setiap kali ketika melakukan kejutan romantis.

Apa kata cari kelainan dan cuba sesuatu yang baru serta lain daripada lain seperti makan piza berbentuk hati bersama-sama pasangan tercinta.

pizza heart piza berbentuk hati

Kejutan romantis dan istimewa dengan menu edisi terhad Pizza Heart. Gambar: Arkib Hijab & Heels

Bagi meraikan tema cinta dan kasih sayang di bulan istimewa ini, Pizza Hut Malaysia menampilkan Pizza Heart iaitu piza berbentuk hati kegemaran ramai.

Menu edisi terhad terbaharu itu boleh didapati bersama topping kegemaran ramai seperti Hawaiian Chicken, Aloha Chicken, Beef Pepperoni dan Chicken Pepperoni.

pizza heart pizza hut malaysia

Pizza Heart Aloha Chicken. Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Pizza Heart Pizza Hut Malaysia

Pizza Heart Beef Pepperoni. Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Team Hijab & Heels berbesar hati apabila Pizza Hut Malaysia membuat kejutan penghantaran menu Pizza Heart di pejabat The New Straits Times Press, Jalan Riong, Bangsar, Rabu lalu.

pizza heart pizza hut

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati piza berbentuk hati. Sementara stok masih ada. Gambar: Arkib Hijab & Heels

Memang comel sangat piza berbentuk hati! Keenakan rasa Pizza Heart daripada jenama yang sudah bertapak selama 38 tahun di Malaysia itu juga memang tiada tandingan.

pizza heart piza berbentuk hati

Kejutan romantis daripada Pizza Hut Malaysia. Gambar: Arkib Hijab & Heels

pizza heart piza berbentuk hati

Team Hijab & Heels teruja dengan kejutan pihak Pizza Hut Malaysia. Gambar: Arkib Hijab & Heels

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler, berkata pihaknya mengambil pendekatan segar dalam mempromosi Pizza Heart sebagai bingkisan istimewa bagi mengeskpresi rasa cinta dan kasih sayang.

“Kami menghormati rakan industri dan amat menghargai pelanggan setia kami, justeru itu kami amat teruja untuk berkongsi piza berbentuk hati ini bersama-sama mereka sebagai kejutan.

“Kempen ini bertujuan bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan cinta dengan mereka yang tersayang. Kami berharap sentuhan romantis ini akan dapat menghangatkan lagi hubungan anda. Anda pasti jatuh cinta semula dengan setiap gigitan yang lazat berkeju,” katanya.

pizza heart piza berbentuk hati

Piza berbentuk hati memang menarik untuk dinikmati. Gambar: Arkib Hijab & Heels

Dengan tagline, Tertarik Denganmu Bagai Piza Dan Keju, Hijab & Heels percaya, pasangan anda pasti suka dan hargai dengan kejutan unik ini.

Pizza Heart boleh dinikmati mulai 7 Februari lalu di semua restoran Pizza Hut dan juga melalui khidmat penghantaran di seluruh Malaysia. Pizza Heart didatangkan pada harga bermula RM39.90 untuk hidangan a la carte, manakala hidangan kombo juga tersedia untuk dinikmati bersama-sama orang tersayang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.pizzahut.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 1 Mar 2020
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Mon, 17 Feb 2020
Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Eat Travel Sun, 24 Feb 2019
Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Sat, 21 Mar 2020