Eat Travel By: Yanie Baharom March 27, 2019 @ 4:13pm

Jenis bunga ‘rare’ yang boleh di makan. No. 3 anda pasti tak sangka!

Ulam boleh ditakrifkan sebagai sebahagian  tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, dikukus atau direbus sebelum dimakan.

Lazimnya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis  atau sebarang pencecah lain mengikut kesukaan. Suapan nasi anda menjadi bertambah menyelerakan dengan gandingan ulam  termasuklah lauk pauk lain sebagai pelengkapnya.

Selain itu, ulam juga terkenal sebagai hidangan harian utama dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung dan kini mulai mendapat tempat  di kawasan bandar juga. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini, terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap.

Antara ulaman yang terdiri daripada jenis bunga yang ingin di kongsikan Hijab & Heels, sesetengahnya agak  asing dan jarang digunakan dalam resipi masakan, namun ia mengandungi pelbagai khasiat yang memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Jom kita saksikan!

1. Bunga betik

Foto: manfaat.co.id

Ramai yang tidak suka makan bunga betik kerana rasanya yang pahit. Tetapi sebenarnya ada cara untuk menghilangkan rasa pahit bunga betik.

Salah satu caranya adalah merendam bunga betik dengan asam jawa, asam gelugur ataupun daun senduduk. Manakala satu lagi cara,  ramaskan daun betik bersama garam sebelum memasaknya.

Bunga betik boleh digoreng tumis atau dibuat kerabu malah boleh dijadikan ulaman. Rasanya lemak berbaur pahit dan sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi atau kencing manis.

2. Bunga tongkeng

Foto: busanahati

Bunga tongkeng atau nama saintifiknya telosma cordata, hidup menjalar dan akan mengeluarkan bunga yang berjambak jika hidup subur.

Bunga tongkeng berwarna putih kekuningan, akan mengeluarkan bau harum di waktu malam. Di sebalik namanya yang unik itu, bunga tongkeng ini sebenarnya boleh dimakan.

Ia kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A dan vitamin C. Pucuk bunga tongkeng enak dibuat kerabu, gulai mahupun digoreng. Rasanya agak sedikit pahit tetapi sedap. Masyarakat Cina pula lazim menjadikan bunga tongkeng sebagai bahan utama dalam sup.

3. Bunga durian

Foto: Mi Community

Tidak ramai yang tahu, bunga durian juga boleh dimakan. Jika ada bunga durian yang bertaburan, jangan dibuang. Bunga durian berwarna putih berkrim ini lazimnya dikutip ketika waktu panas.

Jika waktu selepas hujan, bunga durian akan berlendir.

Di Negeri Sembilan, kebiasaannya bunga durian akan dibuat gulai ataupun rendang. Jika di Sarawak pula, bunga durian enak digoreng bersama belacan dan cili padi.

Bagaimanapun, bunga durian perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Buangkan lendir dipangkal hujung bunga. Bunga durian juga boleh dibuat kerabu tetapi bunganya hendaklah dicelur terlebih dahulu.

4. Bunga nipah

Foto: Saji Online

Nipah ialah sejenis pokok palma yang hidup di hutan paya bakau yang kebanyakannya berdekatan dengan laut ataupun di kuala sungai.

Daun nipah berbentuk tirus panjang dan agak keras serta sering dijadikan atap rumah. Boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian pokok nipah boleh dimanfaat untuk dijadikan produk tertentu. Daun nipah jika dikeringkan boleh dibuat rokok daun.

Buah nipah pula, boleh dimakan dan isinya seperti buah kabung. Manakala air nira nipah, dijadikan manisan atau gula nipah. Bunga nipah juga sedap dibuat kerabu atau masak lemak.

Bunga nipah akan berbunga secara bergugus dicelah pelepah nipah dan buahnya akan terhasil di hujung tangkai. Tidak kira apa jua masakan, bunga nipah yang telah dibersihkan perlulah direbus terlebih dulu untuk menghilangkan rasa pahit. Selepas itu, barulah boleh dimasak.

5. Bunga kekwa

Foto: Dayre

Bagi penggemar teh bunga, inilah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan teh yang sedap. Bunga kekwa berwarna putih kuning akan dikeringkan terlebih dahulu, sebelum direndam menjadi teh bunga. Tetapi hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium sahaja yang boleh dimakan.

Di China, bunga kekwa ditanam sejak kurun ke-15 dan menjadi salah satu pokok herba yang sangat dihargai kerana mempunyai banyak khasiat antaranya menyejukkan badan, anti radang, merawat permasalahan kulit, merawat hati lemah, memperbaiki daya penglihatan serta merangsang peredaran darah.

Masyarakat Cina juga menjadikan bunga kekwa antara menu sihat yang diamalkan sejak sekian lama. Kebiasaannya bunga kekwa akan digoreng bersama hirisan bawang putih dengan sedikit cili kering dan akan dihidangkan panas-panas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

6 Lokasi Untuk Aktiviti Hiking Di Malaysia Yang Berikan Pemandangan Wow Kepada Pendaki

Dah penat-penat mendaki, lagi syok kalau dapat cuci mata dan hirup udara segar.

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Eat Travel Sun, 10 May 2020
Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020
Eat Travel Tue, 16 Oct 2018

15 Bandar Yang Paling Top Di Dunia, No. 5 Paling Gorgeous

Ambil inspirasi untuk destinasi percutian anda yang akan datang.

Eat Travel Fri, 14 Sep 2018
Eat Travel Sun, 3 Feb 2019

| Live TV