Eat Travel By: Ad Ops October 22, 2019 @ 2:39pm

Jom belajar masak nasi ayam kukus, guna periuk nasi elektrik sahaja!

Nasi lemak adalah antara hidangan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia tanpa mengira waktu walaupun pada asalnya, nasi lemak hanya dijadikan hidangan untuk sarapan pagi sahaja.

Selain nasi lemak, hidangan nasi yang biasa dinikmati oleh penduduk di  Malaysia ialah nasi ayam. Tidak kiralah sama ada ayamnya dikukus, dipanggang atau ‘dipenyet,’ hidangan ini tetap menjadi kesukaan ramai meskipun ia memang ringkas dan enak.

Lazimnya ia merangkumi nasi putih, lauk ayam empuk serta sayuran segar seperti daun salad, timun dan tomato. Menyedapkan lagi ialah sos cili istimewanya dan sup jernih. Jika dimakan panas-panas, pasti terangkat!

Memandangkan ia tampak ringkas, cara memasaknya pun sama ringkas. Yang menariknya, ada cara yang mana anda tidak perlu memasak nasi dan ayam itu secara berasingan.

Letakkan ramuannya di dalam satu periuk nasi elektrik, masak, siap! Anda hanya perlu bancuh sosnya, tetapi jangan risau. Langkah ini pun mudah sahaja.

Ingin tahu resipi dan cara penyediaannya? Di bawah ini ialah resipi yang dikongsikan oleh Tasty, cukup untuk dua orang.

Bahan

Nasi dan ayam

  • 1 peha ayam, dibuang tulang, kulit dikekalkan
  • 1 labu bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • I batang daun bawang
  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam
  • ½ sudu kecil garam
  • 300 gram beras
  • 1 ½ cawan air

Sos

  • 1 sudu besar daun bawang, dicincang
  • ½ sudu kecil bawang putih, diparut
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil miso (boleh diganti dengan kicap cair atau sos ikan)
  • Serbuk cili kasar

Hiasan

  • Daun ketumbar segar
  • Tomato, dihiris
  • Timun, dihiris

Cara Penyediaan

  1. Letakkan beras yang sudah dibersihkan, bawang putih, halia, garam, kiub stok ayam dan air ke dalam periuk nasi. Gaul dengan sebati.
  2. Letakkan pula peha ayam ke dalam beras. Pastikan bahagian kulit ke bawah. Kemudian letakkan daun bawang di atas ayam tadi.
  3. Masak selama 30 minit, atau hingga nasi dan ayam sudah cukup masak.
  4. Untuk sos, campurkan daun bawang, gula, minyak bijan, bawang putih, halia, kicap masin, cuka, miso dan serbuk cili kasar di dalam mangkuk. Gaul dengan rata.
  5. Apabila nasi sudah sedia dimasak, keluarkan daun bawang dan ayam dari dalam periuk. Gaul nasi supaya ia tampak gembur. Hiris ayam kepada beberapa bahagian.
  6. Cedokkan nasi ke dalam mangkuk kecil dan mampatkan supaya ia kekal dalam bentuk kubah. Terbalikkan mangkuk itu ke atas pinggan hidangan dan longgarkan nasi daripadanya.
  7. Hidang pula hirisan ayam dengan ketumbar, tomato dan lemon. Kemudian tuangkan sos mengikut cita rasa anda.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Kejernihan Air Sungai Bangang Mendamaikan Jiwa

Keindahan alam semula jadinya juga pasti akan memukau mata memandang.

Eat Travel Wed, 22 May 2019

Nak tahu rahsia kekalkan kesegaran potongan buah? Ini petuanya!

Kalau buah nampak lebam, mesti kita tak nak makan betul tak?

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Mon, 18 May 2020
Eat Travel Fri, 15 Jun 2018

Ada Yang Masih Tak Tahu Nak Buat Brownies? Ini Dia Resipi Mudah Untuk Anda

Hasilnya adalah brownies yang kaya dengan rasa coklat dan kenyal. Memang syok!

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

Eat Travel Mon, 1 Oct 2018

Anda Berani Berjalan Atas Jambatan Kaca Di Negara China Ini?

Kos pembinaan jambatan tertinggi dan terpanjang dunia ini adalah 39 juta US Dollar. 

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Eat Travel Wed, 20 May 2020
Eat Travel Tue, 15 Jan 2019

Machu Picchu kini menggunakan sistem tiket baharu yang ketat untuk mengelakkan kesesakan

Perubahan adalah perlu untuk memelihara tapak warisan dunia ini.