Eat Travel By: Yanie Baharom May 16, 2018 @ 1:00pm

Kalau Dah Sampai Kuala Kangsar, Jalan Lupa Borang Donut Hipster. Murah Dan Sedap!

Jika anda ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah dan halakan perjalanan anda ke premis ‘Donut Hipster’ yang terletak di Taman Chandan Puteri.

Khabarnya donut yang terjual di sini, bukan saja menawarkan pelbagai warna dan perisa dengan harga jauh lebih murah, malah rasanya dikatakan setanding dengan yang dijual di premis francais milik syarikat ternama.

Gerai yang diusahakan pasangan suami isteri, Mohd Izwan Mohamad Nazir, 38, dan Nor Nafishah Ab Hamid, 37, itu pernah viral sebelum ini.

Foto : Instagram Donut Hipster

Nor Nafishah berkata, donat berwarna-warni berperisa strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru adalah menu baru di gerainya dan sama sekali tidak menyangka akan viral.

“Saya menjual pelbagai jenis kuih seperti burger Malaysia, cucur badak, karipap dan pisang keju tetapi donat ini baru sahaja diperkenalkan di gerai ini,” katanya.

Nor Nafishah berkata, dia tidak menyangka sama sekali ‘donat hipster’ yang diusahakannya dan dijual dengan harga RM0.50 setiap satu mampu terjual sehingga 600 sehari.

Foto : Instagram Donut Hipster

“Saya pelik kenapa orang ramai datang ke gerai sehingga ada antara mereka yang datang sebelum gerai dibuka. Jualan habis antara pukul 4 dan 5 petang. Rupanya donat saya sudah viral dalam laman sosial.

“Alhamdulillah, sejak itu ramai pelanggan datang dan keuntungan pun semakin baik,” katanya sambil menambah gerainya mula dibuka pada pukul 3.30 petang dan ditutup setiap Jumaat.

Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau menggunakan 15 kilogram tepung untuk menghasilkan kira-kira 600 donat sehari dan dia dibantu suami di gerai setiap hari.

Foto : Instagram Donut Hipster

“Saya ada rancangan untuk buat lebih banyak lagi donat tetapi tidak menang tangan kerana saya seorang sahaja yang uli dan goreng donat seawal 5 pagi,” katanya.

Berkongsi kisah minat mengusahakan donat hipster itu, Nor Nafishah berkata, pada mulanya dia mahu mengkomersialkan jualan pisang keju pelbagai perisa, namun tidak menyangka donat yang dihasilkan sebagai percubaan pula yang mendapat sambutan.

Foto : Instagram Donut Hipster

“Saya suka mencuba sesuatu yang baharu dan idea ini tercetus apabila saya dan adik yang berniaga di pasar malam di Kuala Lumpur sebelum ini cuba membuat donat ini sebelum mula menjualnya di gerai,” katanya.

Menurut Nor Nafishah, dia kini mempunyai pelanggan tetap dan ada antara mereka sanggup membuat tempahan awal menerusi telefon kerana bimbang donat serta beberapa kuih lain habis dijual.

Beliau turut mengambil tempahan untuk katering dan majlis keraian pada Sabtu dan Ahad bagi menambah pendapatan sekeluarga.

Sumber : Bernama 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 21 Jul 2018

4 Lokasi Paling Awesome Untuk ‘Short Getaway’ Yang Wajib Anda Pergi

Tak perlu pergi bercuti jauh-jauh, dalam Malaysia saja ada banyak lokasi yang best-best!

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Jom Cuba Buat Biskut Oreo Sendiri Pada Hari Cuti Ini, Mudah Sangat!

Kalau buat banyak-banyak, boleh makan banyak-banyak! Muahaha!

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
Eat Travel Thu, 21 May 2020

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Sesuai untuk keluarga besar berkumpul

Eat Travel Mon, 20 Apr 2020
Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Inilah Resipi Ais Krim Biskut Oreo Macam McFlurry McDonald’s

Kalau anda rasa harga di McDonald’s mahal, jom buat sendiri.

| Live TV