Eat Travel By: tex_admin July 14, 2018 @ 12:00pm

Kek Milo Kukus Ini Sekali Makan Pasti Nak lagi. Jom Cuba Resepi Power Ini!

Hujung minggu tak tahu nak buat apa? Apa kata manfaatkan masa anda dengan menghasilkan Kek Milo Kukus yang rasanya memang enak!

Limpahan milo cair di atas kek ini pasti menggoda selesa seisi keluarga anda. Jom kita tengok cara-cara membuatnya.

Bahan-bahannya:

1 cawan Milo

1 cawan gula

1 cawan minyak

3/4 cawan susu pekat manis 

1 cawan air panas

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

2 cawan tepung naik sendiri

Coklat rice

Untuk topping pula:

1/2 cawan susu pekat manis

1/2 cawan milo

1 sudu besar mentega

1 sudu besar air panas

Cara-caranya pula:

1. Masukkan milo, gula, minyak, susu pekat manis dan air panas ke dalam pan di bawah api yang sederhana. Kacau sehingga sebati. Tutup api dan ketepikan.

2. Kisar telur dan esen vanila menggunakan mesin pengadun sehingga kembang. 

3. Campurkan adunan milo tadi bersama telur tersebut dan kisarkan. 

4. Masukkan pula tepung naik sendiri dan kacau sehingga adunan sebati.

5. Setelah itu, curahkan adunan tersebut ke dalam loyang. Kukus selama 60 minit.

6. Sementara itu, panaskan air dalam pan dan letakkan mangkuk di atasnya untuk membuat topping.

7. Masukkan susu, milo, mentega, air panas dan kacau sehingga ianya cair dan sebati. 

8. Apabila kek milo telah masak. Potong kek tersebut ikut bentuk kesukaan anda dan curahkan milo cair di atasnya.

9. Taburkan coklat rice dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019

3 cara mudah elak hidang biskut raya lemau

Enaknya menggigit biskut yang rangup!

Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Fri, 12 Apr 2019
Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Tue, 21 Apr 2020

Resipi badak berendam unik Catrionna Brian Ross

Pupuk minat anak hargai kuih tradisional

Eat Travel Tue, 22 May 2018
Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Chicken Cheese Ball Yang Rangup Ini Memang Sedap Dimakan, Ini Cara Nak Membuatnya!

Chicken Cheese Ball ini pelengkap waktu berbuka puasa anda.