Eat Travel By: tex_admin May 4, 2018 @ 4:00pm

Martabak Durian Menu Baharu Yang Perlu Anda Cuba. Aromanya Bikin Anda Cair

Anda suka makan durian tak? Rugi bagi siapa yang tidak suka makan raja segala buah ini! Kali ini penulis nak kongsikan kepada anda tentang satu tempat makan best yang boleh anda nikmati kelazatan durian dalam konsep yang berbeza. Warung Martabak Kulan yang terletak di Kampung Parit 6 1/2 Timur, Sungai Besar telah menyediakan hidangan istimewa iaitu martabak durian. 

Apa yang lainnya tentang Warung Murtabak Kulaan ialah ia satu-satunya gerai yang menyediakan menu murtabak durian. Pengusahanya, Mohd Asri Homdan, berkata menu martabak raja buah itu diperkenalkan pada awal Januari lalu dan sebenarnya dia sudah lama bercadang untuk menghasilkan menu tersebut.

Foto: Kosmo Online

Foto: Kosmo Online

Foto: Kosmo Online

“Sebenarnya idea buat martabak durian ini dah lama, kira-kira 10 tahun lepas. Mulanya kawan saya seorang penjual durian berikan saya beberapa buah durian dan minta saya buatkan martabak isi durian.

“Sebagai memenuhi permintaannya, saya buatkan juga martabak durian dan dia gembira serta puas hati lepas makan martabak durian ini,” kata Mohd Asri Homdan.

Kalau anda nak tahu semenjak menu ini diperkenalkan, kira-kira 30 keping martabak durian dipesan pelanggan dalam sehari dan jumlah tersebut akan meningkat pada hujung minggu. Harga martabak durian ini juga tidak lah mahal, hanya RM2 sekeping. Selain durian, gerai ini juga menyediakan martabak pisang, nangka, ayam dan daging mengikut pesanan pelanggan. Warung ini juga beroperasi seawal 7 pagi sehingga 11 malam. 

Penulis teringin juga nak rasa kesedapan martabak durian ini, pasti sedap! Bagi anda yang berada di sekitar Sungai Besar bolehlah mengunjungi warung ini dan rasai sendiri keenakkan martabak durian. 

Sumber: Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 24 Oct 2018

4 Resort Atas Air Paling Romantis Untuk Lokasi Percutian Berbulan Madu

Resort-resort ini terletak di Malaysia sahaja, tak payah travel jauh-jauh!

Eat Travel Sat, 9 Nov 2019

Nikmati juadah pulut mangga manis dalam bentuk bebola

Rasa santannya buatkan juadah ini lagi oomph!

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Mon, 10 Sep 2018

Nikmati Suasana Kampung Di Dalam Kesibukan Kota Metropolitan

Bagi warga kota tetapi sesekali ingin lari dari kesibukan kota, Chenta Cottage, adalah destinasi ideal buat anda.

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018
Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020