Eat Travel By: tex_admin July 26, 2018 @ 10:34am

Marvelous Betul Kerabu Kerang Ala Thai Ini! Memang Jilat Jari Punyalah

Siapa suka makan kerang? Biasanya, kita akan rebus saja kerang lepas itu cicah bersama sambal kicap. Itu pun dah rasa terangkat kerana kesedapannya!

Kali ini, lain pula resepi yang Hijab & Heels nak kongsikan kepada anda iaitu cara nak buat Kerabu Kerang Ala Thai!

Fuuuh! Rasanya cukup sedap, lagi-lagi bagi anda yang suka pedas. Pasti tak boleh stop makan.

Nak tahu cara nak membuatnya? Jom kita tengok video ini. Memang mudah!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 kg kerang

5 ulas bawang putih

10 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan yang anda mahukan)

Tomato ceri dibelah dua

Daun ketumbar dipotong halus

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

Air asam jawa

Air limau kasturi

1 sudu kecil sos ikan

Cara-cara:

1. Rebus kerang seketika. Kemudian, rendamkan kerang di dalam air yang mempunyai ais kiub supaya kerang cantik apabila dikupas. 

2. Buang sebelah kulit kerang dan sebelahnya lagi biarkan ia melekat bersama isinya. Ketepikan.

3. Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih. Campurkan sekali garam dan gula secukupnya. 

4. Tuangkan pula air asam jawa, air limau kasturi dan sos ikan. Gaul sehingga sebati.

5. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas yang mengandungi kerang. Gaul sehingga bahan sebati dengan kerang. 

6. Masukkan tomato ceri dan daun ketumbar. Gaul sehingga rata. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Mila Campak Campak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 5 Apr 2020
Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Dibina Menggunakan Sumber Asli Garam, Hotel Luna Salada Pasti Buat Anda Terpegun!

Bolivia terkenal dengan Salar de Uyuni, sumber garam terbesar di dunia yang terletak 3,658 meter dari paras laut.

Eat Travel Mon, 16 Mar 2020
Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Thu, 13 Sep 2018
Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Mon, 12 Nov 2018