Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 18, 2019 @ 2:00pm

Masak lemak cili padi ‘berapi’ di Warung Salai Seremban yang wajib anda cuba

Jika anda penggemar masakan lemak cili padi Negeri Sembilan dan teringin untuk menikmatinya bersama sahabat handai atau keluarga, Hijab & Heels ingin menyarankan anda untuk berkunjung ke Warung Salai.

Restoran Warung Salai yang terletak di Jalan Rasah Utama tidak jauh dari Plaza Tol Seremban/Port Dickson ini menyajikan pelbagai lauk pauk Negri Sembilan khususnya masak lemak cili padi yang pasti menyengat.

Restoran

Restoran menyediakan pelbagai masakan Negeri Sembilan khususnya masak lemak cili padi. Gambar oleh Afendi Mohamed

Antara yang paling mendapat sambutan pastinya masak lemak cili padi  daging salai dan masak lemak cili padi ikan keli. Rasa lemak yang begitu enak ditambah tahap kepedasan yang bersesuaian, pasti akan membuatkan pengunjung dating lagi untuk menikmati hidangan di situ.

Selain lemak cili berapi, Warung Salai turut menyediakan aneka juadah lain antaranya asam pedas yang memberi peluang kepada anda untuk membuat pilihan antaranya ikan pari, asam pedas tetel dan asam pedas ikan merah.

restoran

Masak asam pedas turut disediakan sebagai pilihan kepada pengunjung, Gambar oleh Afendi Mohamed

Bagi penggemar masakan kambing, Warung Salai turut menyediakan kari kambing yang enak. Bau hamis kambing dikurangkan dengan rasa kari yang pekat dan menyelerakan.

Pengunjung yang mempunyai anak kecil, boleh memilih sup kampung, tetapi perlu dimaklumkan kepada petugas kedai untuk menyediakan sup yang tidak pedas sesuai untuk si kecil.

Tidak kira sama ada memilih masak lemak cili padi, asam pedas atau kari kambing, anda boleh menikmati makan tengah hari atau malam bersama-sama ikan bakar yang amat berperisa. Turut disediakan adalah aneka pilihan sambal dan ulam-ulaman sebagai pilihan.

restoran

Warung salai selesa untuk menjamu selera seisi keluarga. Gambar oleh Afendi Mohamed

Jika tidak mahu menikmati nasi, anda boleh memilih bihun sup, mi kari, pengat dan aneka kuih-muih yang enak dimakan pada waktu petang.

Bersempena dengan Ramadan ini, Warung Salai turut menyediakan pakej berbuka puasa pada harga RM25 seorang, manakala kanak-kanak dan warga emas akan dikenakan bayaran RM18 seorang.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Sat, 9 Mar 2019
Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020
Eat Travel Sat, 1 Dec 2018

Hampir 300K Pengikut Di Instagram, Seni Ukiran Lelaki Ini Memang Awesome!

Kena tahu teknik ukiran yang betul barulah menjadi!

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Eat Travel Thu, 9 Jan 2020

Sambal, antara khasiat dan selera!

Sambal pancing nikmat makan!