Eat Travel By: Bibi Ramli May 6, 2019 @ 2:00pm

McDonald’s perkenalkan 2 menu baharu untuk Ramadan, jom cuba!

Apabila Ramadan tiba, biasanya kita pasti ingin menikmati juadah masakan Melayu ketika berbuka. Sekali-sekala apa salahnya jika anda berbuka di restoran makanan segera McDonald’s?

Anda mungkin inginkan hidangan yang lebih mengenyangkan, tetapi jangan risau. Dua menu baharu yang dilancarkan khas sempena bulan Ramadan ini pasti menggamit selera. Gerenti anda akan puas hati.

Untuk santapan pelanggan, McDonald’s memperkenalkan semula Nasi McD dan Chicken Foldover yang telah menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu.

Foto: McDonald’s

Khas untuk penggemar hidangan nasi, Nasi McD menawarkan nasi serta satu atau dua ketul Ayam Goreng McD Spicy. Jika anda tidak tahan pedas, jangan lupa untuk minta tukarkan kepada Ayam Goreng McD Regular ya!

Gabungan nasi ayam ini dihidang dengan sos kari, sayur coleslaw dan minuman Teh Lemon Ais  bersaiz sederhana. Jika anda ingin kuah lebih, anda boleh dapatkan ekstra dengan membuat bayaran tambahan sebanyak RM1.50.

Foto: McDonald’s

Set Nasi McD dengan seketul ayam dijual pada harga RM13.95, manakala dengan dua ketul pula, harganya ialah RM16.95.

Jika anda tidak inginkan hidangan nasi, pilihan alternatifnya ialah Chicken Foldover. Dua kepingan daging ayam yang dibakar lembut dihidang dengan daun salad dan hirisan tomato serta sos baharu yang berasa sedikit pedas dan dibalut dengan roti nipis.

Dijual pada harga RM16.95, ia juga didatangkan dengan French Fries McDonald’s dan minuman Teh Lemon Ais  bersaiz sederhana.

Penulis sudah mencubanya dan rasanya memang penuh nikmat, terutamanya kepingan ayam yang sangat lembut itu.

Foto: McDonald’s

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai berkata bahawa pihaknya menerima banyak permintaan daripada pelanggan setia untuk memasukkan semula Chicken Foldover ke dalam menu.

“Mereka melihat hidangan ini sebagai satu tawaran yang unik tetapi kali ini kami memperbaharuinya dengan pengenalan sos baharu,” katanya.

Katanya lagi, ada banyak lagi menu McDonald’s kegemaran ramai yang akan diperkenalkan semula seperti Samurai Burger yang penulis nanti-nantikan.

“Yang itu, awak tidak perlu tunggu lama lagi,” katanya dengan senyuman dan penuh teka-teki.

Lengkapkan hidangan anda

Selain Nasi McD dan Chicken Foldover, peminat McDonald’s juga tidak patut lepaskan peluang untuk menikmati seleksi pencuci mulut yang bertemakan citarasa tempatan.

Sama seperti Chicken Foldover, McFlurry Durian D24 dan Banana Pie juga membuat comeback pada kali ini. Anda dijanjikan dengan inti durian dan pisang sebenar menerusi hidangan ini.

Foto: McDonald’s

Foto: McDonald’s

Bagi anda yang inginkan sesuatu yang manis dan menyegarkan, cubalah ais krim sundae Sarsaparilla Cones dan minuman Ice Blended Ribena yang baharu keluaran McCafe.

Foto: McDonald’s

Foto: McDonald’s

 “Untuk bulan Ramadan setiap tahun, McDonald’s jadi tumpuan kerana ia memenuhi pelbagai citarasa. Jadi kami melihat ada peningkatan dari segi jumlah pengunjung,” kata Melati.

“Ada sesetengah cawangan terpaksa memasang khemah kerana tempat duduk biasa memang tidak mencukupi bagi pelanggan untuk berbuka puasa. Macam kenduri!

“Kru kami bekerja keras hinggalah waktu moreh. Ramai juga yang datang untuk menikmati pencuci mulut kami selepas solat tarawikh mereka.”

Jom sahur!

Mulai hari ini, anda juga boleh menikmati hidangan menu biasa McDonald’s yang terpilih sebagai juadah sahur.

Menu berkenaan termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets. Mereka boleh didapati di cawangan McDonald’s di seluruh negara hingga jam 6 pagi.

Kesemua tawaran menu Ramadan di McDonald’s Malaysia akan tamat penjualannya pada 5 Jun. Jangan ketinggalan!

Foto: NSTP/Owee Ah Chun.

McDonald’s beri sumbangan

Sempena bulan mulia ini, pelanggan McDonald’s juga berpeluang untuk menikmati diskaun istimewa menerusi promosi ’30 Days of Ramadan.’

Setiap hari akan ada tawaran menarik yang baharu menerusi aplikasi mudah alih McDonald’s yang anda perlu muat turun, jadi selalulah tengok, ya!

Pihak restoran ini juga meneruskan aktiviti tahunannya dengan menganjurkan moreh mingguan di masjid dan majlis berbuka puasa untuk anak yatim.

Melati berkata, “Sepanjang 37 tahun di Malaysia, bulan Ramadan sememangnya bulan terbaik bagi kami.

“Oleh yang sedemikian, ia adalah perkara biasa bagi McDonald’s untuk memainkan peranannya dengan melaksanakan pelbagai inisiatif yang mampu mengeratkan lagi hubungan sesama anggota masyarakat.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 31 Oct 2018

Aiskrim Dalam Claypot? Wow Uniknya!

Lupakan keropok lekor, jom serbu Bunnyster Cafe!

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Eat Travel Mon, 14 Jan 2019

Surprise your kids or friends with these cute Emoji Fries

Unleash your creativity for this yummy snack!

Eat Travel Sat, 1 Sep 2018
Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Jom Picnic Bersama Keluar Di Taman Metropolitan Kepong, Boleh Main Layang-Layang!

Permainan layang-layang, mengajar anda tentang angin dan stabiliti.

Eat Travel Wed, 25 Jul 2018

Tauhu Begedil Daging Heaven, Paduan Serina Dan Chef Riz Laris!

Inti begedil daging yang mewah disumbat pada tauhu menjadikan ia satu hidangan yang cukup menyelerakan.

Eat Travel Tue, 12 Jun 2018

Hidangan Ayam Masak Merah Menu Wajib Pagi Raya

Tak lengkap rasanya raya kalau tak makan ayam masak merah!

Eat Travel Thu, 7 Mar 2019
Eat Travel Tue, 11 Sep 2018
Eat Travel Thu, 27 Dec 2018

| Live TV