Eat Travel By: Yanie Baharom December 19, 2018 @ 12:00pm

Mee Besen Original Melaka, Makan Sampai Kenyang!

Pernah dengar Mee Besen Original Melaka, Malaysia?

Sejak ianya tular pada 2016, lokasi makan yang beroperasi dari jam 3.30 petang hingga 10 malam (Selasa hingga Ahad) ini terus menjadi pilihan pengunjung yang inginkan kelainan.

Terletak di Durian Daun Melaka, ramai tertanya-tanya bagaimana seseorang itu berupaya menghabiskan makanan yang dihidangkan dalam besen besar. Mampukah ianya dihabiskan?

Jangan risau, sebenarnya besen tersebut hanyalah bekas untuk mengisi makanan yang dipesan dan dinimati oleh ramai orang. Anda akan diberikan mangkuk kecil untuk digunakan bersama-sama.

1. Talam Western (RM35.00)

Foto: JJCM

Menu wajib cuba!

Terdiri daripada dua ketul grilled chicken, spaghetti carbonara, kentang keju dan bebola daging yang dihidangkan sekali dalam satu talam.

Sesuai dimakan untuk dua hingga tiga orang.

2. Mee Besen (RM10.00 – RM15.00)

Foto: saji.my

Didatangkan dalam tiga saiz iaitu S dengan harga RM6.00, M pada harga RM10.00 dan saiz Superbig pada harga RM15.00.

Hidangan popular yang sangat unik. Boleh pilih jenis mee kegemaran.

Sup berempah tambah terangkat apabila dimakan bersama cili kicap power.

3. Meatball Merecik (RM10.00)

Foto: JJCM

Ketulan daging yang sangat lembut, dimakan pula dengan sos cendawan lada hitam yang dibanjiri sos keju dan mayonis.

Memang puas kerana kesemua kombinasi tersebut merecik di dalam mulut sehingga tidak boleh berhenti makan.

Sumber: JJCM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 17 May 2019

Hidangan Rusa Golek tarikan utama iftar di Temasya Movenpick KLIA. Memang terangkat!

Selain rusa golek, terdapat 120 lagi hidangan yang lazat!

Eat Travel Sat, 7 Jul 2018

Teh Tarik Lebih Ummpphh Kalau Letak Bahan Ini

Nak lebih ‘kick’ letakkan sedikit madu.

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Eat Travel Sun, 3 Mar 2019
Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Thu, 28 May 2020
Eat Travel Fri, 8 Jun 2018

Lontong Goreng, Hidangan Santai Untuk Hari Raya Anda

Hidangan lontong goreng ini pasti digemari oleh seisi keluarga anda.

Eat Travel Wed, 12 Feb 2020
Eat Travel Mon, 13 Jan 2020