Eat Travel By: Ad Ops July 26, 2018 @ 5:47pm

Nak Cuba Buat Ais Krim Gulung Anda Sendiri? Ikuti Resipi Mudah Ini

Sebelum ini, ais krim selalunya dihidang dalam bentuk bulat-bulat. Senang saja, dengan menggunakan scoop.

Tapi sekarang, orang makin kreatif dan ais kini krim dijual dalam macam-macam rupa!

Pernah menjadi trend tak lama dulu adalah ais krim gulung, di mana ais krim dibuat di atas dulang dan kemudian “dikikis” hingga ia menggulung.

Dulu pernah ada video viral yang menunjukkan cara penjual membuat ais krim style ini. Sebenarnya anda sendiri pun boleh buat!

Senang saja, dan anda hanya perlukan dulang serta alat scraper untuk mengkikis campuran ais krim itu daripada dulang.

Nak tahu resipinya? Jom terus baca artikel ini.

Anda perlukan:

480ml heavy cream

1 tin susu pekat manis

Secubit garam

Topping pilihan anda

Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan whisk, gaulkan heavy cream, susu dan garam di dalam sebuah mangkuk.

2. Tuangkan adunan tersebut ke dalam dulang besi tapi jangan tuang berlebihan. Pastikan cecair itu cover sikit saja dasar dulang tersebut. Ketebalannya patut sebanyak ¼ inci (6mm) atau kurang daripada itu.

3. Taburkan apa-apa topping yang anda nak ke atas cecair tadi. Dengan whisk, ratakan topping tersebut perlahan-lahan.

4. Bekukan selama sekurang-kurangnya 4 jam. Letakkan sekali alat scraper dan mangkuk (yang anda akan gunakan untuk makan ais krim ini) di dalam freezer supaya ais krim ini tak cair ketika anda menggulungnya.

5. Setelah ais krim anda telah betul-betul beku, keluarkan daripada peti sejuk. Dengan cepat, posisikan scraper secara serong sebanyak 45 darjah di hujung dulang dan perlahan-lahan tolak ke depan. Jika gulungan tersebut susah nak bentuk, gunakan pisau butter untuk tolakkan lapisan ais krim itu supaya menjadi bentuk gulung.

6. Letakkan ais krim gulung ke dalam mangkuk yang telah disejukkan tadi, dan taburkan lagi topping ke atasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 24 May 2020

Segarkan tekak tetamu, laici lemon madu minuman wajib pada Hari Raya

Selain menyejukkan tekak, air laici lemon madu banyak khasiatnya

Eat Travel Fri, 3 Aug 2018

Resipi Mudah Ayam Percik Lazat. Memang Merecik!

Rasa ayam percik ini memang merecik!

Eat Travel Sat, 5 May 2018

Resepi Puding Jagung Kastard Ini Tak Akan Kecewakan Anda. Memang Sedap!

Siapa suka puding jagung kastard? Kalau anda suka jom cuba resepi ini.

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Thu, 18 Jul 2019
Eat Travel Sun, 13 May 2018

Kepak Ayam Madu Bukan Saja Lazat Bahkan Penyediaannya Semudah ABC

Kepak ayam madu, dengar nama menu ini saja sudah bisa buat kita terliur. Apalagi melihat cara ia dimasak.

Eat Travel Sun, 3 May 2020
Eat Travel Thu, 3 May 2018

4 Tip Untuk Cegah Jet Lag Bila Pergi Dan Balik Dari Holiday

Jangan rosakkan percutian anda dengan jet lag! Cegah dengan ikuti tip ini.