Eat Travel By: Ad Ops September 13, 2018 @ 9:00am

Nak Lari Sebentar Daripada Kesibukan Kota? Lawati 6 Destinasi Semula Jadi Di Malaysia Ini

Cuti sekolah panjang hanya akan tiba dalam beberapa bulan lagi, tapi ia tak pernah terlalu awal untuk merancang sesuatu percutian itu.

Anda dah ada plan nak ke mana nanti? Lama tau cuti kali ini, jadi daripada duduk di rumah saja, jom jalan-jalan!

Dan dari pergi bershopping saja, apa kata anda ambil masa untuk berehat sejenak daripada kesibukan hidup di kota raya?

Tak kiralah sejauh mana teknologi telah berkembang, mesti ada sebahagian daripada diri kita yang tak boleh renggang dengan alam sekitar. Setuju, tak?

Nasib baik, di Malaysia ini ada banyak lokasi dan destinasi semulajadi yang masih belum “ditukar” menjadi hutan konkrit. Tak pastilah jika ia akan maintain begitu sampai bila-bila, jadi baik kita check out selagi sempat, kan?

Di bawah ini Hijab & Heels senaraikan tempat-tempat yang anda boleh lawati jika anda inginkan pengalaman percutian di dalam nature. Anda bukan saja dapat cuci mata dan minda, tapi ia juga memberikan anda peluang untuk mengagumi ciptaan Tuhan.

Jika anda mempunyai anak juga, mereka pasti akan rasa seronok apabila berpeluang untuk melihat sesuatu yang sebelum ini mereka hanya boleh lihat menerusi kaca TV atau alat elektronik.

PS: Kalau anda rasa mereka selalu sangat melekat dengan gadget, bawa mereka ke tempat-tempat ini!

1. Taman Negara, Pahang

Foto: Touropia

Tahukah anda? Taman ini merupakan salah sebuah hutan tropikal tertua di dunia! Memang syok kalau pergi camping di sini kerana ia menawarkan pemandangan alam sekitar yang serba hijau, air terjun yang gorgeous serta haiwan eksotik yang jarang kita dapat lihat. Salah sebuah jambatan kanopi terpanjang di dunia pun ada di sini (kalau berani, jalanlah)!

Anda boleh saja terokai taman ini dengan sendiri, tapi lebih baik jika anda tempah seorang guide. Night safari pun ada jika anda ingin melihat bunga yang hanya kembang pada waktu malam, cendawan yang glow-in-the-dark serta haiwan nocturnal seperti burung hantu dan kucing hutan.

2. Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

Foto: Touropia

Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama diberi kepada Malaysia, taman ini popular kerana pembentukan batu kapur semula jadi yang luar biasa. Tengoklah gambar di atas. Unik betul! Ia juga memiliki sebuah salah satu sistem gua yang terpanjang di dunia! Di sini juga terletak Sarawak Chamber, ruang bawah tanah terbesar di dunia yang dijangka boleh memuatkan 40 buah kapal terbang Boeing 747. Besarnya!

Alternatif untuk tempat ini adalah Taman Negara Niah, yang menempatkan formasi batu kapur yang berusia 16 ke 20 juta tahun!

3. Firefly Valley Leisure Park, Johor

Foto: TripZilla

Kalau anda betul-betul nak “bersatu” dengan nature, mungkin anda boleh cuba berjalan sambil dikelilingi koloni kumbang kelip-kelip yang menerangi suasana malam. Pengalaman sebegini boleh dinikmati di Firefly Valley dan rasanya memang magical! Ada juga servis di mana anda boleh naik bot di sepanjang sungai di situ sambil menatap keindahan pemandangan tersebut.

Alternatif lain untuk tempat ini adalah di Kampung Kuantan Firefly Park di Selangor yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di negara kita.

4. Pulau Sipadan, Sabah

Foto: Malaysia Travel

Jika anda ingin bercuti di pantai, lupakan destinasi mainstream seperti Langkawi, Pangkor, Perhentian, Redang dan Tioman. Sebaliknya jom ke Pulau Sipadan, lokasi yang heaven untuk peminat-peminat aktiviti snorkeling dan scuba diving.

Ia merupakan habitat bagi pelbagai jenis hidupan marin seperti penyu, ikan jerung, paus dan macam-macam spesies ikan dan terumbu karang. Memang anda takkan lupakan pengalaman yang mempersonakan ini.

5. Semenggoh Nature Reserve, Sarawak

Foto: Robert Young

Kawasan ini boleh digambarkan sebagai syurga orang utan. Spesies ini yang diselamatkan dari ancaman pemburu dan kemusnahan tempat tinggal dipertemukan semula dengan habitat di dalam hutan dan diberi peluang untuk membesar dan membiak. Inilah tempat yang paling ideal untuk melihat haiwan ini di dalam persekitaran semula jadi mereka.

Selain itu, ada banyak spesies burung yang boleh dijumpai di sini. Golongan birdwatchers gerenti akan rasa seronok.

Sama seperti tempat ini adalah Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang memelihara orang utan yang kehilangan ibu bapa dan menyediakan mereka untuk hidup di dalam hutan liar. Jika mahu, anda juga boleh adopt salah seekor daripada mereka!

6. Sekinchan, Selangor

Foto: erabaru.com.my

Lokasi ini dekat sikit dengan Lembah Klang. Bagi anda yang tak familiar dengan tempat ini, ia terkenal dengan kawasan sawah padinya yang luas. Di sini anda boleh menikmati pemandangan hijau yang anda jarang dapat lihat di bandar. Kalau nak, tempat penginapan di tengah-tengah sawah pun ada! 

Untuk mencuci mata, anda boleh berjalan sendiri di sekitar sawah, ataupun menaiki buggy atau menunggang basikal. Pergi ramai-ramai barulah syok terutamanya bila anda dapat enjoy sekali angin segar di situ. Jika dah bosan, jom singgah kilang pemprosesan padi di mana anda boleh lihat sendiri bagaimana padi ditanam dan dikilangkan. 

Dah ada yang menarik minat dan perhatian anda? Kalau pengalaman nature seperti yang disenaraikan bukanlah pilihan anda, tak apa. Tapi jika anda ingin rehatkan mata dan minda, tempat-tempat ini adalah satu option untuk anda.

Sumber: Touropia, Tripzilla, Dunia Anakku

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 17 May 2019

Cita rasa Mesir di Tut’s Egyptian Eatery bangkitkan selera

Nikmati bufet Ramadan serendah RM29.90!

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Eat Travel Fri, 17 Apr 2020

Mahu ikan goreng rangup dan sedap? Ini rahsianya

Bukan sekadar garam kunyit biasa!

Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Fri, 17 May 2019

Hidangan Rusa Golek tarikan utama iftar di Temasya Movenpick KLIA. Memang terangkat!

Selain rusa golek, terdapat 120 lagi hidangan yang lazat!

Eat Travel Wed, 20 Jun 2018

Resipi Mudah Mac & Cheese Ini Gunakan 3 Bahan Saja Tapi Hasilnya Gerenti Menyelerakan!

Cuba bayangkan anda makan mac & cheese panas-panas… fuuuh!

Eat Travel Sun, 14 Oct 2018

Ini Resipi Sos Bolognaise Yang Berasaskan Sayuran, Khas Untuk Pengamal Diet Vegetarian

Sos untuk pasta ini tidak mengandungi sebarang daging haiwan.

Eat Travel Wed, 17 Jul 2019