Eat Travel By: Ad Ops August 1, 2018 @ 10:10am

Nak Tahu Bagaimana Patung Lilin Di Muzium Madame Tussauds Dibuat? Tengok Video Ini

Kalau anda pernah bercuti di luar negara, anda mesti pernah terdengar tentang sebuah muzium patung lilin yang terkenal di serata dunia ini.

Muzium Madame Tussauds yang mempamerkan model patung individu-individu terkenal sekarang atau pada masa silam serta karakter filem yang popular, memang telah menjadi sebuah tarikan pelancong.

Dimulakan oleh pengukir lilin Marie Tussaud pada 1884, muzium terbesarnya terletak di London, dan selepas itu muzium-muzium yang lebih kecil telah dibuka di bandar-bandar di sekitar dunia.

Di sini, anda boleh bergambar dengan patung-patung lilin yang dipamerkan. Yang menariknya, anda seolah-olah bergambar dengan orang yang betul kerana realistik sangat!

Itulah syoknya kalau anda pergi ke mana-mana muzium Madame Tussauds ini. Orang-orang yang ditugaskan untuk menghasilkan patung-patung ini memang bekerja keras untuk mencipta replika yang seakan-akan sama dengan orang yang diinspirasikan.

Itulah reputasi yang muzium Madame Tussauds bawa, dan rasanya tak ada lagi muzium patung lilin yang mempamerkan bermacam-macam personaliti serta figura terkenal sepertinya.

Nak tahu bagaimana pasukan Madame Tussauds hasilkan sebuah patung lilin? Jom find out menerusi video di bawah ini.

Nampak tak betapa terperincinya proses ini? Selebriti yang dipatungkan memang kena bersabarlah, sebab para pengukir lilin perlu dapatkan ukuran badan mereka yang tepat bagi menghasilkan patung yang perfect dan serupa dengan orang original.

Kesemua teknik yang terlibat nampak renyah, tapi yang paling susah adalah teknik “memasang” rambut pada patung. Kena buat satu per satu! Jenis rambut dan warna kulit pun kena matching!

Untuk figura bersejarah yang telah tiada pula, memang susah untuk pengukir patung lilin mencipta replikanya. Mereka perlu membuat banyak kajian, dan usaha ini memang patut dipuji.

Cuba bayangkan berapa banyak kerja yang perlu dibuat untuk menghasilkan satu patung lilin. Bukan senang, wo!

Muzium Madame Tussaud terdapat di negara China (Beijing, Chongqing, Shanghai, Wuhan); Hong Kong, India (New Delhi), Jepun (Tokyo); Singapore; Thailand (Bangkok); Netherlands (Amsterdam); Germany (Berlin); United Kingdom (London, Blackpool); Turkey (Istanbul); Czech Republic (Prague); Austria (Vienna); Amerika (Hollywood, Las Vegas, Nashville, New York, Orlando, San Francisco, Washington, D.C.) dan Australia (Sydney).

Jika anda berpeluang untuk pergi, jangan lepaskan peluang ini!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 13 Sep 2018
Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Teringin Nak Masak Mee? Cuba Resipi Mee Bandung Yang Mudah Dan Gerenti Sedap Ini

Kalau dan bosan dengan mee kari atau mee rebus, apa kata cuba masak mee bandung pula?

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

5 Lokasi Char Kuay Teow Paling Sedap Di Sekitar Lembah Klang

Dah lah sedap, harganya pun berpatutan!

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Tue, 12 May 2020

Ada bilik hotel di Malaysia berhantu, hati-hati apabila memilih hotel

Buat kajian dulu, jangan nanti ada gangguan!

Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Thu, 3 May 2018

4 Tip Untuk Cegah Jet Lag Bila Pergi Dan Balik Dari Holiday

Jangan rosakkan percutian anda dengan jet lag! Cegah dengan ikuti tip ini.

Eat Travel Fri, 5 Oct 2018
Eat Travel Thu, 10 May 2018

Tambat Hati Suami Dan Anak Dengan Hidangan Sosej Cheese Crispy Ini. Pasti Menjilat Jari!

Jom cuba buat menu sosej cheese cripsy ini. Gerenti makan tak cukup satu!