Adakah anda penggemar makanan eksotik atau berani untuk mencuba sesuatu yang baru? Jika anda seorang yang adventurous dalam meneroka makanan eksotik, Restoran Lembah Bernam di Sekinchan ini adalah lokasi yang menepati citarasa anda.
Turut menghidangkan masakan kampung yang enak, restoran ini terletak di Jalan Main Canal, kawasan Tali Air 9 di Pasir Panjang.
Restoran ini dibuka hanya pada jam 11 pagi sehingga jam 5 petang dan tutup pada hari Jumaat. Rata-rata yang menggemari makanan istimewa ini telah datang bertahun-tahun dan ramai juga yang datang secara berkumpulan.
Masakan yang disediakan ada yang memang menarik perhatian. Masakan eksotik adalah seperti landak, rusa dan juga pelanduk.
Bagi masakan kampung pula ada hidangan ikan baung, ikan tapah, ikan sepat, ikan puyu, udang galah dan ulam ulaman. Ada juga terdapat makanan ringan yang lain seperti keropok, kerepek, dadih dan air botol.
Waktu makan tengahari di restoran ini penuh sesak dengan pelanggan. Dan sudah pasti beberapa menu juga kadangkala habis awal seperti ikan sepat dan udang galah.
Harga daging landak adalah mengikut harga pasaran dan untuk merasainya. Untuk 200 gram landak dimasak rendang harganya RM24 saja. Harga sama dikenakan untuk daging pelanduk masak goreng berlada.
Manakala harga daging rusa lebih murah berbanding landak dan pelanduk iaitu RM16 dan menu paling digemari pengunjung adalah rusa masak kicap.
Kebanyakan pelanggan yang mengunjungi restoran ini memberikan komen yang cukup positif. Masakan kampung dan eksotik yang kena dengan citarasa ditambah dengan sambal ulaman.
Bagi yang ingin menikmati hidangan yang istimewa tersebut, bolehlah terus ke alamat restoran seperti di bawah:
Restoran Lembah Bernam
Jalan Main Canal, Tali Air 9,
Pasir Panjang, Sekinchan.
Sumber: Denai