Tak lengkap rasanya kalau tak makan pasembur jika ke Penang. Betul tak? Tapi, kat mana agaknya ya pasembur yang paling sedap di Penang?
Kalau anda nak tahu, pasembur Pulau Mutiara atau lebih dikenali sebagai ‘Pasembur Menari’ berada di gerai No. 9 Anjung Gurney merupakan antara gerai pasembur paling popular di Penang. Baru-baru ini, penulis sendiri berkesempatan merasai pasembur di gerai ini, memang tak tipu, sedap sangat!
View this post on Instagram
Apa yang menarik di gerai ini, semasa memotong rojak akan berkumandangnya alunan muzik dan dalam pada masa yang sama tukang pemotong rojak akan menyanyikan lagu ‘Rojak Rojak’ dan menari mengikut alunan muzik. Kreatif kan!
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Di gerai ini juga terdapat lebih 20 jenis makanan untuk anda pilih termasuklah seafood. Harganya juga berpatutan! Istimewanya pasembur di gerai ini adalah kuahnya. Kuahnya yang pekat dan rasanya sedikit manis, pedas dan sedikit masam memang sangat sedap dimakan bersama aneka makanan yang anda pilih.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Jadi, pada anda yang masih belum cuba pasembur Pulau Mutiara ini, jom pergi! Penulis sendiri pun nak repeat nanti! Memang tak puas makan, sedap sangat!
Sumber: MySelera